suria

Gara-gara tengok drama Penthouse, 4 remaja Korea Utara dikerah jadi buruh paksa selama 12 tahun

The Penthouse merupakan siri popular dari Korea Selatan.

EMPAT remaja Korea Utara yang tertangkap kerana menonton drama popular Korea Selatan, The Penthouse telah dijatuhkan hukuman menjadi buruh paksa di sebuah kem pendidikan selama 10 hingga 12 tahun.

Hukuman itu berdasarkan kesalahan mereka mengikut Akta Pengecualian Budaya Ideologi yang dikuatkuasakan mengikut di bawah naungan pemerintah Kim Jong Un.

Keempat-empat pesalah itu tertangkap ketika sedang menonton drama itu sebagai salah satu acara meraikan sambutan hari lahir salah seorang daripada mereka pada 25 Mei lalu

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Individu yang menyambut hari lahirnya itu dikenakan hukuman paling maksimum selama 12 tahun manakala tiga rakannya perlu berkhidmat selama tempoh 10 tahun sahaja.

Ketika ditahan, sebanyak 30 drama Korea Selatan serta muzik Kpop didapati terdapat dalam pen drive mereka.

Korea Utara melarang sebarang jenis hiburan daripada mana-mana negara luar memasuki negara mereka.

Sebelum ini, seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman tembak sampai mati selepas didapati bersalah mengedarkan kandungan drama dari Korea Selatan kepada beberapa penduduk tempatan. - Allkpop

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain