suria

Yoon Kye Sang kini bercinta dengan CEO produk kecantikan

Agensi Yoon Kye Sang mengumumkan dia sedang bercinta.

AGENSI Just Entertainment mengesahkan pelakon Yoon Kye Sang kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah produk kecantikan.

Wanita yang dikhabarkan berusia lima tahun lebih muda daripada dirinya dikenalkan oleh seorang kenalan pada tahun lalu.

"Ini adalah pernyataan rasmi mengenai berita pelakon Yoon Kye Sang kini menjalin hubungan.

"Tahun lalu, mereka bertemu setelah diperkenalkan oleh seorang kenalan dan mendapat respon positif.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun, wanita berkenaan bukan dalam kalangan selebriti, kami meminta pertimbangan semua orang supaya tidak terkejut dengan pengumuman ini," ujar agensi itu.

Yoon Kye Sang kini fokus untuk menjalani penggambaran untuk drama ‘Crime Puzzle’ dan akan terus aktif bekerja sebagai pelakon.

Terdahulu, Yoon Kye Sang undur diri dari agensi Saram Entertainment bagi mengelakkan timbul rasa kurang selesa dengan bekas kekasih, Honey Lee. - Soompi

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain