suria

[VIDEO] Mulianya hati Agnez Mo! Buka klinik vaksin Covid-19 secara percuma... siap derma makanan lagi

Agnez beri vaksin percuma kepada penduduk setempat.

BIMBANG penularan wabak Covid-19 di Indonesia, penyanyi Agnez Mo membangunkan sebuah klinik khusus untuk memberikan vaksin secara percuma kepada masyarakat setempat.

Menurut laporan CNN, Agnez berkata program vaksinasi secara percuma di klinik itu merupakan salah satu usahanya membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kebangsaan.

"Program ini sudah berjalan cukup lama tapi saya baru sedar belum sempat memuat naik di Instagram saya... segera dapatkan vaksin anda secara percuma, sangat mudah untuk menemui kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih terbuka kongsi kisah peribadi, Agnez Mo akui sering dikhianati dalam hubungan cinta

"Di klinik ini bukan cuma tempat untuk suntik vaksin tetapi disiapkan juga dengan ambulans, ruang kecemasan, makmal dan lain-lain," katanya.

Agnez memaklumkan mengenai program anjurannya itu menerusi laman Instagram pada Rabu.

Penyanyi lagu Tak Ada Logika ini menubuhkan klinik vaksin dengan kerjasama Pusat Kesihatan Pademanga dan dibantu 60 orang staf kesihatan termasuk sukarelawan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bukan sahaja memberikan vaksin percuma, Agnez juga melakukan amal kebajikan dengan menyerahkan makanan percuma kepada penerima vaksin.

"Kami sedar banyak masyarakat yang datang mengambil vaksin merupakan penduduk di zon merah. Mereka datang dari pagi, mungkin tak sempat sarapan.

"Lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik begini, setidak-tidaknya mereka pulang selepas terima vaksin dengan membawa sedikit makanan," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO INI!

Artikel Lain