suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Hidup mama hancur sebab dia!” - Dendam dan benci kembali meledak, anak serba salah terima hajat akhir bapa sedang nazak

Anak-anak perlu ada rasa simpati terhadap ibu bapa yang sedang sakit. -Gambar hiasan AI

TERPUTUS hubungan selama 11 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat.

Itulah dilema yang sedang ditanggung seorang anak apabila dia tiba-tiba menerima perkhabaran bahawa bapa kandungnya kini berada dalam keadaan nazak.

Menerusi perkongsian di media sosial, individu tersebut mendedahkan bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan bapanya, tambahan pula lelaki itu tidak pernah cuba untuk mencari atau menemuinya sebelum ini.

Trauma daripada memori lampau boleh memberi kesan buruk sehingga dewasa. -Gambar hiasan AI

Katanya, dia begitu terkejut apabila anak kepada rakan bapanya datang menjejakkan kaki ke rumah mereka bagi menyampaikan hajat terakhir lelaki terbabit.

"Saya dapat tahu bapa ada kanser darah tahap empat dan menghidap Tuberkulosis (Tibi) pun sebab anak kepada kawan dia datang ke rumah.

"Dia jumpa saya dengan adik untuk cakap benda ni. Orang tu cakap bapa saya teringin nak jumpa kami berdua. Nak tengok muka kami berdua," katanya di Threads.

Berita mengejutkan itu meninggalkan kesan mendalam hingga membuatkan dia buntu sama ada mahu menziarahi bapanya atau terus memagari diri dengan rasa benci.

Lebih menyukarkan keadaan, individu itu mengakui masih menyimpan dendam terhadap bapanya kerana mendakwa perbuatan lelaki berkenaan telah menyebabkan kehidupan ibunya musnah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pantang nampak anak perempuan santai terus minta cekodok, teh tarik... Gadis benci bapa memperhamba anak sendiri!

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa pura-pura dungu demi elak buat kerja rumah, sengaja beli daging busuk! - “Mak aku ‘enabler’ kebodohan ayah”

"Maaf kalau saya cakap begini, tetapi saya berdendam. Dia buat mama saya teruk. Hidup mama hancur disebabkan dia. Saya menyimpan kebencian sangat mendalam terhadapnya. 

"Kalau pergi jumpa dia dan dia menyesal, bagaimana pula dengan dendam saya? Bagaimana dengan segala yang saya pendam selama ini?" tulisnya lagi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan pandangan berbeza mengenai keputusan yang wajar diambil dalam keadaan berkenaan.

Ada yang berpendapat dia boleh memilih untuk bertemu bapanya atas dasar ihsan, memandangkan lelaki itu mungkin tidak mempunyai banyak masa lagi.

  • Bapa nazak akibat kanser tahap empat.
  • Anak 11 tahun tidak bertemu bapa.
  • Anak masih berdendam demi ibu.
  • Bapa teringin bertemu anak buat kali terakhir.
  • Netizen beri pandangan berbeza.

"Apa dalam hati awak? Kalau ada rasa marah dan benci, tak perlu datang. Jaga kesihatan mental awak dan adik-beradik. Cukup sekadar doa agar urusan dia dipermudahkan.

"Kalau awak rasa nak hati awak reda, datanglah ziarah. Mudah-mudahan yang baik menyusul dalam hidup awak.

"Pada saya sebagai orang luar dan tak tahu cerita sepenuhnya... saya rasa lebih baik pergi melawat. Redakan bapa awak untuk 'pergi' jika sudah sampai masa dia," komen beberapa netizen.

Artikel Lain