ANAK-ANAK sepatutnya mengambil peluang untuk membahagiakan ibu bapa selagi mereka masih bernyawa.Namun, lain pula situasinya dengan gadis ini yang mendakwa dia kurang senang dengan segala kerenah dan permintaan bapanya. Menurut gadis itu, pengalaman membesar dengan bapanya membuatkan dia takut untuk berkenalan dengan lelaki dan mendirikan rumah tangga.Anak perlu ambil peluang berbakti sebelum ibu bapa pergi meninggalkan dunia ini. -Gambar hiasan AI"Ramai perempuan pilih membujang sebab tak mahu suami macam ayah sendiri. Ia berlaku kepada aku. Aku tak rasa nak kahwin."Aku tak faham. Setiap kali tengah santai-santai, mesti ayah aku suruh buat cekodok, teh tarik, masak kentang goreng dan macam-macam lagi."Kena hidang untuk dia yang tak buat apa-apa tu. Penat mental. Cuci pinggan sendiri pun dia tak buat kalau anak perempuan ada di rumah," luahnya.Gadis tular selepas buat luahan hati tentang sikap bapanya di aplikasi Threads.Dia enggan berkahwin kerana tidak mahu bersuamikan lelaki seperti bapanya.Gadis itu mendakwa bapanya merupakan seorang yang pemalas dan suka mengarah.Dia juga lebih rela bekerja ketika cuti semester untuk elak menjadi anak derhaka di rumah.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut gadis itu, dia juga kesal dengan sikap bapanya yang menyalahgunakan statusnya sebagai ketua keluarga."Aku tahu bapa aku ada penyakit. Tapi ia bukan lesen untuk tak faham perasaan anak-anak. Langsung tiada toleransi. "Kami tengah puasa, dia boleh suruh masak macam-macam ikut tekak dia. Meminta-minta, lepas tu mengadu. Takut kalau dapat suami macam ni.ARTIKEL BERKAITAN: “Abah menangis sebab malu” - Kisah bapa terpaksa pinjam RM400 daripada anak baru dapat gaji pertama sentuh hati ramaiARTIKEL BERKAITAN: Ayah gemar merokok dalam rumah, fokus gadis nak SPM terganggu... Rasa macam gelandangan tiada bilik sendiri"Kalau cuti semester, aku sanggup pergi kerja kat mana-mana supaya tak jadi anak derhaka kat rumah," ujarnya lagi.Hantaran di aplikasi Threads itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen."Mungkin hati awak akan lebih tenang jika anggap itu semua sebagai cara berbakti kepada bapa. Sejak kita lahir, macam-macam ayah buat untuk kita."Saya pun masih bujang sampai sekarang sebab takut dapat suami seperti arwah ayah," tulis beberapa netizen.