Setiap asangan perlu jujur supaya tidak berlaku konflik dan timbul rasa curiga dalam hubungan. -Gambar hiasan AI
KEJUJURAN dan rasa saling percaya merupakan kunci utama dalam keharmonian rumah tangga bagi mengelakkan timbulnya sebarang keraguan atau salah faham.Namun, keharmonian seorang wanita bertukar menjadi gelisah apabila dia secara tidak sengaja menemukan dua nombor telefon yang disimpan menggunakan gelaran 'manja' dalam telefon bimbit suaminya. Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu berkata pada mulanya dia menyangka kedua-dua nombor yang disimpan dengan nama 'syg' (sayang) tersebut adalah miliknya memandangkan dia mempunyai dua nombor berbeza."Aku terjumpa ada dua contact dengan nama 'syg' (sayang) dalam telefon suami. Ingatkan nombor aku sebab aku memang ada dua nombor telefon.Elakkan sebarang perkara boleh menimbulkan rasa curiga termasuklah isu berkaitan telefon. -Gambar hiasan AI"Tapi rupanya lagi satu tu bukan nombor aku. Kami bergaduh dan aku macam orang gila sebab ada outgoing call beberapa kali tahun lepas."Aku nak kepastian daripada dia. Dia cakap tak tahu dan dia kata telefon tu second hand sejak tiga tahun lepas lagi," jelasnya.Menurut wanita itu, syarikat tempat suaminya bekerja ada menyediakan kad SIM untuk urusan rasmi.Difahamkan, kad SIM tersebut akan digunakan semula oleh kakitangan baharu, iaitu suaminya selepas pekerja terdahulu sudah berhenti.ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati beli kad sim... Lelaki dedah taktik kedai telefon scan MyKad dua kali, elak identiti disalah gunaARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ramai isteri tak periksa phone suami... Peguam syarie kongsi kisah tanda curang muncul tanpa sengaja, akhirnya kantoiNamun, rasa curiganya semakin memuncak selepas dia membuat siasatan sendiri dan mendapati kad SIM berkenaan sebenarnya milik bekas rakan sekerja suaminya yang sudah menamatkan perkhidmatan lebih empat tahun lalu."Suami cakap mungkin pemilik kad SIM sebelum ni simpan nombor kenalan 'syg' itu dalam kad ini. Logik ke? Lepas selidik, rupanya kad tu adalah milik bekas rakan sekerja dia berbangsa Cina."Rakan sekerja Cina tu dah lama berhenti, lebih empat tahun. Jadi timbul persoalan, macam mana tiba-tiba boleh ada carian nama 'syg' dan rekod panggilan keluar pada hujung tahun 2025?Wanita terkejut jumpa dua nombor ‘syg’ dalam telefon suami.Ingatkan kedua-duanya nombor miliknya.Rupanya satu nombor milik bekas rakan sekerja suami.Individu itu sudah lebih empat tahun berhenti kerja.Suami bersumpah nafi ada hubungan dengan pemilik nombor tersebut.Ringkasan ini dijana oleh AI"Maksudnya tak sampai setahun pun panggilan tu dibuat. Walhal rakan sekerja tu dah lama tak ada di syarikat berkenaan. Kalau betul ada urusan rasmi, patutnya suami simpan guna nama biasa sahaja, bukannya panggil 'syg'" katanya lagi.Dalam pada itu, wanita berkenaan memberitahu suaminya turut membuat penafian dan bersumpah dengan menjunjung al-Quran bagi mempertahankan dirinya."Laki aku dah junjung al-Quran dan bersumpah yang dia tak buat langsung benda tu (curang). Dia kata kalau dia tipu, biarlah dia mati."Aku pun setuju sebab dia sendiri yang cakap nak bersumpah. Lepas tu kononnya dia nak keluar 'cari angin' selepas kami bergaduh, tapi aku terus tegas cakap kalau dia melangkah keluar rumah, kami bercerai," ceritanya mengakhiri perkongsian tersebut.