suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hati-hati beli kad sim... Lelaki dedah taktik kedai telefon scan MyKad dua kali, elak identiti disalah guna

MyKad diperlukan bagi setiap pendaftaran kad SIM baharu. -Gambar hiasan AI

INDIVIDU yang ingin membeli kad SIM baharu dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan tidak menganggap proses pendaftaran nombor telefon sebagai urusan yang boleh dipandang remeh.

Ini kerana, kegagalan memantau proses tersebut berisiko menyebabkan nombor telefon didaftarkan menggunakan MyKad tanpa pengetahuan pemilik, sekali gus membuka ruang kepada penyalahgunaan identiti.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pemuda yang mendakwa berdepan pengalaman mengejutkan apabila mendapati dua nombor telefon didaftarkan atas namanya, sedangkan dia hanya membeli satu kad SIM. 

"Tadi aku pergi kedai telefon nak beli nombor. Masa proses tu, aku perhati je tauke kedai tu scan sampai dua kad SIM waktu MyKad aku masih dalam device

"Lepas bagi kad SIM aku, kad SIM lagi satu dia asingkan. Pelik juga, tapi aku diamkan dulu," kongsinya di Threads.

Menurutnya, kejadian itu hanya disedari selepas dia menghubungi khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi untuk membuat semakan.

Menurutnya, dia terkejut apabila dimaklumkan oleh pihak khidmat pelanggan bahawa memang terdapat dua nombor telefon yang didaftarkan atas namanya pada hari yang sama.

Katanya, selepas membuat aduan, pihak telco bertindak pantas menyekat nombor kedua yang didakwa didaftarkan tanpa kebenarannya.

Susulan pengalaman itu, pemuda berkenaan mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika membeli kad SIM baharu dan sentiasa menyemak semula jumlah nombor yang didaftarkan menggunakan MyKad masing-masing bagi mengelakkan penyalahgunaan identiti.

Tip elak penyalahgunaan MyKad ketika beli kad SIM

- Pastikan proses pendaftaran dilakukan di hadapan anda.

- Ambil hanya kad SIM yang didaftarkan untuk kegunaan anda.

- Hubungi khidmat pelanggan telco atau semak melalui aplikasi rasmi sebaik sahaja pendaftaran selesai.

- Jangan biarkan MyKad berada terlalu lama di tangan pihak lain tanpa pemantauan.

- Simpan resit pembelian dan rekod nombor telefon yang didaftarkan sebagai rujukan.

- Jika mengesyaki berlaku penyalahgunaan, segera laporkan kepada syarikat telekomunikasi dan buat laporan polis sekiranya perlu.

Artikel Lain