suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rupanya masih ramai wanita tak tahu hak selepas diceraikan... Paling utama suami tak boleh halau keluar rumah!

Wanita masih mempunyai hak untuk tinggal di rumah kelamin dalam tempoh idah. -Gambar hiasan AI

RAMAI beranggapan apabila berlaku perceraian, segala tanggungjawab suami terhadap bekas isteri akan terputus serta-merta sebaik lafaz talak dibuat.

Namun menurut seorang peguam syarie, tanggapan itu tidak tepat kerana isteri masih mempunyai beberapa hak yang perlu ditunaikan suami sepanjang tempoh idah.

Ia termasuk hak untuk tinggal di rumah perkahwinan dan menerima nafkah idah.

Menerusi perkongsian di Threads, beliau menjelaskan bahawa ramai wanita tidak mengetahui hak tersebut sehingga ada yang keluar dari rumah atau dihalau selepas perceraian berlaku.

Katanya, sepanjang tempoh idah talak, isteri berhak untuk terus menetap di rumah perkahwinan dan suami tidak boleh mengarahkannya keluar tanpa alasan yang dibenarkan syarak.

"Hak ini dikenali sebagai hak mas'kan iaitu hak mendapatkan tempat tinggal sepanjang tempoh idah.

"Asasnya jelas disebut dalam Surah At-Talaq ayat 1 yang bermaksud Jangan kamu keluarkan mereka dari rumah-rumah mereka," katanya.

Wanita perlu tahu hak mereka selepas diceraikan. -Gambar hiasan AI

Wanita perlu tahu hak mereka selepas diceraikan. -Gambar hiasan AI

Menurut beliau, perintah tersebut bukan sekadar galakan tetapi merupakan ketetapan yang wajib dipatuhi.

Jelasnya, selagi tempoh idah belum selesai iaitu sehingga tamat tiga kali suci bagi wanita yang masih haid, rumah berkenaan masih dianggap sebagai tempat tinggal isteri walaupun ia didaftarkan atas nama suami atau disewa menggunakan wang suami.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa tindakan menghalau isteri keluar rumah atau membiarkannya tanpa tempat tinggal selepas perceraian bukan sahaja satu kezaliman, malah boleh menjadi perkara yang dituntut di mahkamah.

Tambahnya, nafkah idah yang wajib diberikan suami bukan sekadar melibatkan wang perbelanjaan, tetapi turut merangkumi tempat tinggal, makan minum dan keperluan harian isteri sepanjang tempoh tersebut.

Beliau turut menasihatkan wanita yang berdepan perceraian supaya membuat tuntutan nafkah idah ketika prosiding perceraian sedang berlangsung dan tidak menunggu sehingga kes selesai.

"Mahkamah boleh memerintahkan nafkah idah dibayar secara sekali gus atau secara bulanan mengikut keadaan sesuatu kes," katanya.

Menurut beliau, antara punca ramai wanita tidak membuat tuntutan adalah kerana malu, tidak mengetahui hak mereka atau merasakan mereka perlu reda selepas perceraian berlaku.

Hakikatnya, tegas beliau, nafkah idah bukanlah satu bentuk permintaan atau ihsan daripada bekas suami, sebaliknya hak yang telah ditetapkan oleh syarak dan wajib ditunaikan.

Nafkah idah yang wajib dibayar suami sepanjang tempoh tersebut merangkumi:

- Tempat tinggal

- Makan minum

- Keperluan harian

Artikel Lain