suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Jangan biar cuti hangus, ini hak sebenar pekerja ramai tak tahu

Pekerja perlu tahu hak mereka agar tidak ditindas. -Gambar hiasan AI

CUTI tahunan atau annual leave merupakan antara hak penting diberikan kepada pekerja, namun masih ramai keliru mengenai kelayakan sebenar serta tindakan boleh diambil jika majikan menyukarkan proses permohonan cuti.

Peguam, Hafiz Baharuddin menjelaskan cuti tahunan bukanlah satu keistimewaan yang diberikan atas ihsan majikan, sebaliknya merupakan hak pekerja diperuntukkan di bawah undang-undang pekerjaan.

Menurutnya, berdasarkan Sekyen 60E Akta Kerja 1955, pekerja yang berkhidmat kurang daripada dua tahun berhak mendapat sekurang-kurangnya lapan hari cuti tahunan.

Bagi pekerja yang berkhidmat melebihi dua tahun tetapi kurang daripada lima tahun, mereka layak menerima sekurang-kurangnya 12 hari cuti tahunan, manakala pekerja yang berkhidmat lebih lima tahun berhak mendapat sekurang-kurangnya 16 hari.

Hafiz Baharuddin menerangkan hak cuti pekerja.

Hafiz Baharuddin menerangkan hak cuti pekerja.

"Ini adalah kadar minimum yang wajib diberikan majikan. Ada syarikat yang menawarkan lebih banyak cuti tahunan, tetapi tidak boleh kurang daripada kadar yang ditetapkan," katanya di TikTok [Tonton Video].

Menurut Hafiz, antara isu sering dibangkitkan pekerja ialah apabila syarikat meletakkan pelbagai syarat yang dianggap membebankan sebelum permohonan cuti diluluskan.

Ada pekerja bukan sahaja perlu membuat permohonan melalui sistem syarikat, malah diminta memberi penjelasan terperinci kepada pihak atasan mengenai sebab mereka ingin mengambil cuti.

Katanya, sesetengah syarikat tidak membenarkan baki cuti tahunan dibawa ke tahun berikutnya, menyebabkan cuti tidak digunakan akan luput begitu sahaja.

Sehubungan itu, pekerja yang berdepan situasi sedemikian disaran mendapatkan nasihat atau membuat aduan kepada pihak berkuasa berkaitan sekiranya masalah tersebut berlarutan.

"Kena tahu bahawa keadaan seperti ini boleh dirujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja jika majikan dengan sengaja menyusahkan proses untuk mendapatkan cuti tahunan," katanya.

Hak pekerja berkaitan cuti tahunan

1. Ketahui kelayakan cuti tahunan anda

- Kurang 2 tahun perkhidmatan: minimum 8 hari.

- Lebih 2 tahun hingga kurang 5 tahun: minimum 12 hari.

- Lebih 5 tahun: minimum 16 hari.

2. Semak kontrak pekerjaan

- Pastikan polisi cuti tahunan, syarat permohonan dan aturan carry forward dinyatakan dengan jelas.

3. Mohon cuti lebih awal

- Buat permohonan mengikut prosedur syarikat bagi mengelakkan konflik atau penolakan atas faktor operasi.

4. Simpan rekod permohonan

- Simpan emel, mesej atau bukti permohonan sekiranya berlaku pertikaian pada masa depan.

5. Jangan biarkan cuti hangus

- Rancang penggunaan cuti lebih awal terutama jika syarikat tidak membenarkan baki cuti dibawa ke tahun berikutnya.

6. Dapatkan bantuan jika hak disekat

- Jika majikan sengaja menyukarkan atau menghalang penggunaan cuti tahunan tanpa alasan munasabah, pekerja boleh mendapatkan nasihat daripada Jabatan Tenaga Kerja.

Artikel Lain