suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rugi besar kalau terburu-buru beli tiket... Kaki travel ini kongsi ‘waktu emas’ buru tambang penerbangan murah!

Pukul 10 malam hari Jumaat dikatakan waktu sesuai untuk mendapatkan tiket penerbangan dengan harga murah. -Gambar hiasan AI

TIKET penerbangan mahal sering menjadi kekangan utama bagi ramai individu yang ingin melancong atau pulang ke kampung, terutama apabila tempahan dibuat pada saat akhir.

Seorang individu yang kerap melakukan perjalanan berkongsi beberapa tip yang didakwanya boleh membantu orang ramai mendapatkan tiket penerbangan pada harga lebih rendah.

Penumpang disaran tidak membuat pembelian di saat akhir. -Gambar hiasan AI

Penumpang disaran tidak membuat pembelian di saat akhir. -Gambar hiasan AI

Tip dapatkan tiket penerbangan lebih murah:

1. Elak beli tiket seminggu sebelum berlepas

- Tempoh tujuh hari sebelum penerbangan dikatakan antara waktu paling mahal untuk membuat tempahan.

2. Semak harga pada waktu tertentu

- Selasa: 3 petang

- Rabu: 6 petang

- Jumaat: 10 malam

- Ahad: 8 pagi

3. Pantau harga lebih awal

- Jangan tunggu sehingga saat akhir kerana harga tiket biasanya meningkat apabila tarikh penerbangan semakin hampir.

4. Bandingkan harga di beberapa platform

- Semak beberapa laman atau aplikasi tempahan sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan tawaran terbaik.

5. Cari promosi dan diskaun khas

- Sentiasa peka dengan kempen jualan, kod promosi atau tawaran eksklusif yang ditawarkan platform tempahan.

6. Semak terma dan syarat

- Pastikan harga yang ditawarkan merangkumi keperluan seperti bagasi, pemilihan tempat duduk dan caj tambahan lain supaya tidak terkejut dengan kos sebenar.

Artikel Lain