SETIAP kali musim durian, memang tak boleh tahan membeli raja buah itu untuk dibawa pulang ke rumah.Tapi yang tak seronoknya, bau menusuk durian akan melekat dalam kereta malah aromanya boleh bertahan selama beberapa hari. Namun seorang wanita berkongsi beberapa tip mudah yang mungkin ramai tak pernah cuba untuk menghilangkan bau durian dengan cepat.Menurut perkongsian tersebut, terdapat beberapa cara ringkas yang boleh diamalkan sama ada di dalam kereta mahupun pada tangan selepas makan durian.“Baru tahu tangkai durian boleh hilangkan bau durian dalam kereta. Letak saja depan pendingin hawa, selesai," kongsinya di Threads.Tangkai durian boleh menghilangkan bau buah tersebut di dalam kereta. -Gambar hiasan AIDia turut berkongsi, bau durian pada tangan juga boleh dihilangkan tanpa perlu sabun khas.“Kalau nak hilangkan bau durian kat tangan, basuh guna air paip yang mengalir pada kulit durian. "Selain itu boleh juga guna biji durian, gosok macam sabun,” jelasnya.Wanita itu mendakwa kaedah tersebut berkesan apabila dia sendiri mencubanya.“Saya baru buat, 10 minit letak depan pendingin hawa terus tak berbau,” katanya lagi.Tip hilangkan bau durian- Letakkan tangkai durian di hadapan pendingin hawa kereta untuk serap bau.- Basuh tangan menggunakan air yang mengalir pada kulit durian.- Guna biji durian sebagai scrub semula jadi untuk hilangkan bau pada tangan.- Biarkan tangkai durian beberapa minit dalam kereta untuk kesan lebih cepat.