MANGSA pinjaman tidak berlesen dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika mencari bantuan berkaitan masalah ah long bagi mengelakkan diri daripada diperdaya pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan atas kesusahan dialami.Ketua Unit Banteras Ahlong DM Pusat Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain Darul Mustaqqim, Adam Mustapa berkata, ketika ini terlalu banyak pihak dan platform menawarkan penyelesaian hutang, namun tidak semuanya membantu mangsa. Menurutnya, ada segelintir yang berselindung di sebalik nama badan tertentu atau sekadar menggunakan kandungan media sosial untuk menarik perhatian, sebelum mengenakan caj dan syarat yang membebankan.Ramai mangsa ah long kian tertekan selepas diperdaya pihak yang mendakwa mahu membantu. -Gambar hiasan AI“Ramai mangsa datang kepada kami selepas mendakwa menjadi lebih terbeban selepas mendapatkan bantuan pihak tertentu,” katanya menerusi kenyataan.Jelasnya, terdapat beberapa tanda amaran yang perlu diberi perhatian sebelum orang ramai mendapatkan khidmat rundingan berkaitan kes ah long.Modus operandi yang perlu diwaspada - Tiada pejabat operasi yang jelas- Caj tersembunyi atau berubah-ubah- Tiada tempoh penyelesaian yang jelas- Menggalakkan mangsa membuat pinjaman baharu untuk bayar yuran- Fokus kepada kandungan media sosial tanpa penyelesaian sebenar- Meminta mangsa tampil dalam video walaupun kes belum selesaiAdam meminta mangsa ah long berhati-hati dengan tawaran bantuan di media sosial.Adam memaklumkan pihaknya turut menerima beberapa aduan mangsa yang mendakwa dikenakan caj tinggi tetapi kes mereka masih gagal diselesaikan.Antara kes yang dilaporkan:- Kes 1: Mangsa dikenakan yuran konsultasi RM50 + caj 20 peratus daripada pinjaman, namun tiada penyelesaian seperti dijanjikan- Kes 2: Sesi konsultasi RM500, kemudian digalakkan buat pinjaman baharu untuk bayar yuran 30 peratus- Kes 3: Bayar RM100 awal, kemudian dikenakan hampir RM8,000 dan perlu sediakan pinjaman RM100,000 dalam 14 hari"Keadaan ini akhirnya menyebabkan mereka semakin tertekan dan terperangkap dalam kitaran hutang baharu," katanya.Panduan sebelum ambil khidmat bantuan1. Semak latar belakang pihak yang menawarkan bantuan- Pastikan ada organisasi jelas, alamat operasi dan rekod yang boleh disemak.2. Elakkan janji cepat selesai tanpa butiran- Tiada penyelesaian hutang yang realistik berlaku secara segera tanpa prosedur.3. Jangan buat pinjaman baharu untuk bayar yuran- Ini tanda paling bahaya kerana boleh menambah beban hutang.4. Hati-hati dengan kandungan media sosial- Video testimoni atau promosi bukan jaminan kesahihan perkhidmatan.5. Jangan terlibat dalam video jika kes belum selesai- Mangsa tidak sepatutnya dijadikan bahan kandungan sebelum penyelesaian dibuat.6. Pastikan semua caj dinyatakan awal- Tiada caj tersembunyi atau berubah selepas perjanjian.Sementara itu, Adam memaklumkan DM Pusat Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain Darul Mustaqqim menyediakan bantuan pengurusan bayaran balik berdasarkan jumlah sebenar hutang tanpa caj bunga atau lebihan tidak munasabah.Dalam masa sama, peserta turut mendapat akses kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain secara percuma yang dijalankan di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Melaka, Kedah, Perak, Pahang dan Kelantan.“Kami bukan sahaja mahu membantu daripada sudut pengurusan hutang, tetapi juga memberi bimbingan dan kesedaran kepada masyarakat supaya tidak terus terjebak dalam tekanan hidup dan hutang yang berpanjangan,” katanya.