suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Permintaan makanan 'plant-based' meningkat, Sunway Le Cordon Bleu buka peluang kerjaya baharu

Program ditawarkan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemahiran kulinari yang selari dengan keperluan industri semasa. 

KESEDARAN terhadap pemakanan sihat dan gaya hidup yang lebih seimbang semakin mempengaruhi hala tuju industri makanan global.

Perkembangan tersebut turut memberi kesan kepada industri makanan terutama bidang kulinari apabila permintaan terhadap menu berasaskan tumbuhan atau plant-based terus meningkat.

Seiring perkembangan tersebut, kemahiran dalam penyediaan makanan plant-based kini dilihat sebagai antara nilai tambah yang semakin penting bagi cef profesional, usahawan makanan serta individu yang ingin membina kerjaya dalam bidang kulinari.

Trend itu turut membuka ruang kepada generasi baharu untuk meneroka peluang dalam industri makanan berasaskan tumbuhan, pembangunan produk makanan, hospitaliti dan perniagaan makanan berorientasikan kesihatan.

Perkembangan itu mencerminkan pergerakan global yang menyaksikan semakin banyak pengguna dan pemain industri beralih kepada pilihan makanan berasaskan tumbuhan atas faktor kesihatan, alam sekitar dan inovasi makanan.

Pelajar berpeluang mempelajari pelbagai teknik kulinari moden menerusi latihan praktikal yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman. 

Kemahiran plant-based untuk industri masa depan

Bagi memenuhi keperluan industri yang sentiasa berkembang, Sunway Le Cordon Bleu berpusat di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor menawarkan Program Plant-Based Cuisine dan Program Plant-Based Pastry yang direka khusus bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran serta pengetahuan berkaitan bidang tersebut.

Program berkenaan memberi peluang kepada pelajar mempelajari pendekatan moden dalam penyediaan makanan berasaskan tumbuhan yang menitikberatkan aspek pemakanan seimbang.

Melalui Program Plant-Based Cuisine, pelajar berpeluang menguasai teknik kulinari inovatif dan mampan, termasuk menghasilkan hidangan berasaskan tumbuhan yang berperisa serta mengubah bahan seperti sayur-sayuran, kekacang, bijirin dan protein alternatif menjadi sajian bertaraf gourmet.

Mereka juga berpeluang mempelajari kaedah memasak kontemporari yang menitikberatkan aspek kreativiti dan nutrisi selari dengan keperluan dapur profesional masa kini.

Dalam masa sama, Program Plant-Based Pastry pula membuka ruang kepada pelajar meneroka teknik pastri yang inovatif dan lebih mampan.

Antara kemahiran boleh dipelajari termasuk menghasilkan kek dan pastri bebas gluten, menghasilkan gelato artisanal serta memahami keseluruhan proses pembuatan coklat daripada biji koko hingga menjadi coklat yang sedia digunakan.

Pendedahan menyeluruh itu membolehkan pelajar memahami setiap peringkat penghasilan produk, termasuk proses penuaian biji koko, fermentasi, pemanggangan dan tempering iaitu proses mengawal suhu coklat secara teliti ketika ia dipanaskan dan disejukkan.

Selain kemahiran teknikal, mereka turut berpeluang mempelajari pendekatan yang relevan dengan perkembangan semasa industri makanan global, sekali gus membantu menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran yang semakin dinamik.

Program tersebut dikendalikan berasaskan sistem pendidikan kulinari Le Cordon Bleu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, selain disampaikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Perkembangan industri makanan berasaskan tumbuhan di pelbagai negara turut menyaksikan peningkatan permintaan terhadap tenaga kerja yang mempunyai kemahiran dan kepakaran khusus dalam bidang tersebut, sekali gus menjadikan bidang ini antara cabang kulinari yang semakin mendapat perhatian.

Selain melengkapkan diri dengan kemahiran industri lebih relevan, pelajar yang menamatkan program turut menerima sijil bertaraf antarabangsa dan menjadi sebahagian daripada komuniti alumni Le Cordon Bleu yang merangkumi profesional kulinari di pelbagai negara.

Permintaan terhadap makanan berasaskan tumbuhan terus meningkat seiring perubahan gaya hidup dan kesedaran pengguna terhadap pemakanan yang lebih seimbang. 

Alumni kongsi pengalaman menimba ilmu

Bagi Skolastika yang kini bertugas sebagai Commis 1 di Four Seasons Dubai, pengalaman menuntut di Le Cordon Bleu banyak membantu membentuk kemahiran dan keyakinannya dalam bidang kulinari.

Menurutnya, dia sentiasa menghargai segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari sepanjang mengikuti pengajian di institusi berkenaan serta menganggap ia sebagai pengalaman terbaik.

"Saya diajar oleh cef yang hebat dalam dapur yang lengkap dengan kemudahan moden, selain berpeluang menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi ketika sesi praktikal setiap hari," katanya.

Seorang lagi alumni, Amelia Ng Mei Vern yang merupakan Cef dan Pengasas Cleaver Shed Restaurant serta juara pertandingan Jeunes Chefs Rôtisseurs 2017 di Frankfurt, Jerman, berkata pengajian di Le Cordon Bleu memberinya asas kukuh sebelum melangkah ke dunia pekerjaan.

Menurutnya, institusi itu bukan sahaja mengekalkan teknik masakan klasik yang menjadi asas penting dalam bidang kulinari, malah turut memperkenalkan pelajar kepada teknik kulinari moden yang digunakan dalam industri masa kini.

"Pengajian di sini membantu saya mengasah teknik memasak dan memberi permulaan yang baik dalam kerjaya sebagai cef. Saya bangga menjadi sebahagian daripada alumni Le Cordon Bleu," ujarnya.

Program Plant-Based Cuisine dan Plant-Based Pastry memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik penyediaan makanan menggunakan pelbagai bahan berasaskan tumbuhan. 

Peluang kerjaya dalam pelbagai sektor

Selama lebih satu abad, Le Cordon Bleu membantu ramai individu merealisasikan impian dalam bidang kulinari.

Menariknya, tidak semua pelajar yang mengikuti program di institusi itu mempunyai latar belakang masakan kerana ramai juga datang daripada pelbagai bidang akademik dan kerjaya profesional.

Program berkenaan boleh disertai individu daripada pelbagai latar belakang berusia 16 dan ke atas, termasuk lepasan sekolah, pemegang diploma, graduan universiti dan golongan profesional muda yang ingin mengembangkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang kulinari.

Ia juga sesuai untuk pemilik perniagaan yang ingin meneroka atau mengembangkan menu berasaskan tumbuhan selaras dengan permintaan pengguna yang semakin berkembang.

Dalam masa sama, kemahiran tersebut turut menjadi nilai tambah kepada usahawan makanan yang ingin memenuhi perubahan citarasa pengguna serta meneroka peluang baharu dalam pasaran makanan berasaskan tumbuhan.

Ada yang ingin memulakan kerjaya baharu, manakala sebahagian lagi mahu meningkatkan kemahiran atau mengembangkan peluang dalam bidang yang diceburi.

Selain Program Plant-Based Cuisine dan Program Plant-Based Pastry, Sunway Le Cordon Bleu turut menawarkan pelbagai program lain yang memenuhi keperluan pelajar daripada pelbagai latar belakang serta tahap kemahiran.

Antara program yang ditawarkan termasuk Grand Diplôme, Diplome de Cuisine, Diplome de Pâtisserie, Diplome de Boulangerie, Plant Based Culinary Art Diploma in Culinary Entrepreneurship dan Gourmet Short Courses, memberi peluang kepada peserta memperluaskan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang kulinari mengikut minat dan matlamat kerjaya masing-masing.

Program Plant-Based Pastry membolehkan pelajar mengembangkan kreativiti dalam penghasilan pastri dan pencuci mulut berkualiti tinggi. 

Graduan Le Cordon Bleu kini berkhidmat dalam pelbagai sektor termasuk dapur restoran, katering, pengurusan hotel dan restoran, perundingan makanan, seni penggayaan makanan, media serta bidang pendidikan.

Dengan permintaan terhadap pilihan makanan berasaskan tumbuhan yang terus berkembang di seluruh dunia, penguasaan kemahiran khusus dalam bidang ini berpotensi membuka lebih banyak peluang dalam sektor hospitaliti, keusahawanan makanan dan pembangunan produk makanan masa hadapan.

Pengambilan seterusnya bagi Program Plant-Based Cuisine dan Program Plant-Based Pastry dijadual bermula pada Oktober 2026.

Permohonan kini dibuka dan calon yang berminat digalakkan mengemukakan permohonan dalam tempoh ditetapkan bagi menikmati tawaran diskaun Early Bird serta diskaun alumni.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Plant-Based Cuisine dan Program Plant-Based Pastry serta syarat kemasukan boleh melayari laman rasmi Sunway Le Cordon Bleu Malaysia atau WhatsApp 019-3506353

Artikel Lain