suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ada orang ajar suruh keluarkan dulu” - Suka-suka ‘cucuk’ duit ATM si mati, ramai tak sedar automatik jadi harta pusaka

Duit dalam akaun si mati secara automatik menjadi harta pusaka. -Gambar hiasan AI

UMAT Islam khususnya pasangan suami isteri diingatkan agar tidak mengambil mudah urusan kewangan selepas berlaku kematian, terutama melibatkan akaun bank pasangan yang baru meninggal dunia.

Perunding Takaful Berdaftar, Kamarul Che Kamal berkongsi situasi yang sering berlaku membabitkan isteri mengeluarkan wang daripada mesin ATM menggunakan kad milik arwah suami, sebelum pihak bank menerima makluman rasmi mengenai kematian.

Alasan sering diberikan kononnya ada orang mengajar supaya keluarkan dahulu duit sebelum akaun dibekukan bagi tujuan perbelanjaan harian.

 

Namun menurut Kamarul, dari sudut undang-undang dan syariah, tindakan tersebut adalah tidak dibenarkan.

“Apabila suami meninggal dunia, semua wang dalam akaun secara automatik menjadi sebahagian daripada harta pusaka. 

"Walaupun pihak bank belum dimaklumkan dan akaun belum dibekukan, ia tetap tertakluk kepada hukum pusaka,” jelasnya di Threads.

Tambahnya, waris tidak boleh sesuka hati mengeluarkan atau menggunakan wang tersebut tanpa persetujuan semua waris yang berhak mengikut faraid. 

"Perbuatan itu berisiko termasuk tergolong sebagai mengambil harta secara batil jika dilakukan tanpa hak," katanya.

Sediakan tabung kecemasan atas nama isteri untuk elak tekanan kewangan. -Gambar hiasan AI

Sediakan tabung kecemasan atas nama isteri untuk elak tekanan kewangan. -Gambar hiasan AI

Solusi

Bagi mengelak masalah tersebut timbul di kemudian hari, Kamarul menasihatkan para suami menyediakan simpanan ke akaun isteri.

"Suami, ingat ni jangan biar akaun isteri kosong tiada duit. Pastikan isteri ada akaun simpanan atau tabung kecemasan atas nama dia sendiri yang cukup untuk sara hidup beberapa bulan.  

"Sebabnya, bila akaun kita kena beku, isteri tak pening kepala dan tidak perlu buat kerja langgar hukum pusaka semata-mata nak beli lauk dapur," katanya.

Dalam masa sama, Kamarul menegaskan bahawa pengurusan harta pusaka perlu melalui proses yang betul, termasuk penyelesaian kos pengurusan jenazah, hutang si mati, pelaksanaan wasiat (jika ada), sebelum baki harta dibahagikan kepada waris.

Dari sudut undang-undang pula, Kamarul menjelaskan bahawa sebaik sahaja kematian berlaku, akaun bank si mati secara teknikalnya tertakluk kepada proses pembekuan dan pengurusan harta pusaka. 

"Sebarang pengeluaran tanpa kebenaran rasmi boleh menimbulkan isu undang-undang dan pentadbiran," katanya.

Kamarul turut menasihatkan suami agar lebih awal menyediakan perancangan kewangan untuk isteri, seperti memiliki akaun simpanan atau tabung kecemasan atas nama isteri sendiri.

“Ini penting supaya apabila berlaku kematian, isteri tidak berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mengambil tindakan yang boleh menyalahi hukum pusaka semata-mata untuk menampung kehidupan harian,” katanya.

Tegasnya walaupun niat mungkin baik, ia tidak menghalalkan cara, dan pengurusan harta pusaka perlu dilakukan mengikut saluran yang betul bagi mengelakkan masalah pada kemudian hari.

Tip dan panduan ringkas

- Duit dalam akaun si mati secara automatik jadi harta pusaka

- Waris tidak boleh keluarkan wang sesuka hati walaupun akaun belum dibekukan

- Pengeluaran tanpa kebenaran boleh melanggar hukum syariah dan undang-undang

- Semua harta perlu melalui proses: jenazah → hutang → wasiat → faraid

- Akaun bank si mati akan melalui proses pembekuan dan pengurusan pusaka

- Sediakan tabung kecemasan atas nama isteri untuk elak tekanan kewangan

- Niat baik tidak menghalalkan cara jika bercanggah dengan hukum pusaka

Artikel Lain