Laman web HTTPS (Hypertext Transfer Protocol Secure) secara amnya lebih selamat berbanding HTTP. -Gambar hiasan AI
PENGGUNA media sosial diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika melayari laman web, terutama yang melibatkan pembayaran dan pengisian maklumat peribadi.Menerusi perkongsian oleh individu dikenali sebagai Syed Haizal, orang ramai diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memasukkan nombor kad bank atau kata laluan sekiranya laman web tidak mempunyai ciri keselamatan yang betul. “Jangan sesekali masukkan maklumat kad bank atau password kalau laman web tu tak ada huruf ‘S’ kat hujung (HTTPS)."Kalau tak tahu, anda berisiko besar jadi mangsa scammer,” katanya di Threads.Mangsa penipuan siber tidak mengira usia. -Gambar hiasan AIDia turut menjelaskan bahawa ramai pengguna masih tidak sedar fungsi ikon mangga kunci (padlock) pada bar alamat pelayar web yang sebenarnya menandakan sambungan laman tersebut adalah selamat.Apa itu HTTPS?Menurutnya, HTTPS ialah singkatan kepada Hypertext Transfer Protocol Secure, iaitu versi lebih selamat berbanding HTTP biasa.Huruf “S” pada HTTPS membawa maksud Secure, yang bermaksud data pengguna dilindungi menggunakan teknologi penyulitan seperti TLS (Transport Layer Security) atau SSL (Secure Sockets Layer).Bagaimana ia melindungi data anda?Apabila pengguna melayari laman web yang menggunakan HTTPS:- Semua data seperti kata laluan, nombor kad bank dan maklumat peribadi akan disulitkan.- Data yang dihantar tidak boleh dibaca oleh pihak ketiga walaupun dipintas.- Ia berfungsi seperti 'sampul surat berkunci' yang hanya penerima sah boleh buka.Sebaliknya, laman HTTP tanpa “S” lebih berisiko kerana data boleh dicuri ketika penghantaran.Tanda mudah untuk mengenal pasti laman web selamat:- Ikon mangga kunci pada bar alamat pelayar.- URL bermula dengan https:// bukan http://- Tiada amaran Not Secure daripada pelayar.- Laman web dipercayai, terutama untuk transaksi kewangan.