RAMAI tak sedar storan iPhone cepat penuh bukan hanya disebabkan oleh gambar dan video sebaliknya turut berpunca daripada fail cache, data aplikasi serta mesej lama yang terkumpul tanpa disedari.Menerusi perkongsian HD Mobile, terdapat beberapa langkah mudah boleh dilakukan pengguna untuk mengosongkan storan tanpa perlu memadam gambar penting atau melakukan reset peranti. 1. Bersihkan cache SafariPengguna boleh pergi ke; Settings > Apps > Safari > Clear History and Website DataLangkah ini akan memadam data laman web serta cache lama yang terkumpul, sekali gus menjimatkan ruang storan.2. Padam mesej lama secara automatikPergi ke; Settings > Apps > Messages > Keep Messages**Pengguna boleh memilih tempoh simpanan seperti sama ada 30 hari atau setahun.Ini membantu mengelakkan mesej lama yang tidak diperlukan daripada memenuhi storan.Gambar terlalu banyak menjadi punca storan cepat penuh. -Gambar hiasan AI3. Semak storan WhatsAppBuka WhatsApp dan pergi ke; Settings > Storage and Data > Manage StoragePengguna boleh memadam gambar dan video yang tidak lagi diperlukan, kerana fail media WhatsApp antara penyumbang utama storan penuh.4. Aktifkan Offload Unused AppsSettings > General > iPhone StoragePilih aplikasi yang jarang digunakan dan tekan Offload App. Aplikasi akan dipadam, tetapi data pengguna masih disimpan.5. Semak fail besar yang memakan ruangAntara fail yang sering memenuhi storan termasuklah; - Video lama- Backup gambar- Fail kerja- Muat turun yang tidak dipadamSemakan berkala boleh membantu mengelakkan storan penuh secara mendadak.Bagi pengguna yang kerap menyimpan gambar dan video, HD Mobile turut mencadangkan penggunaan flash drive iPhone untuk memindahkan fail terus daripada peranti, tanpa perlu menambah pelan cloud bulanan.Dengan langkah mudah ini, pengguna boleh mengurus storan iPhone dengan lebih efisien dan mengelakkan masalah Storage Almost Full yang sering mengganggu prestasi peranti.