RAMAI masih keliru apabila melihat sijil kelahiran yang dikeluarkan di Malaysia mempunyai warna berbeza, iaitu hijau dan merah jambu.Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia wajib didaftarkan tanpa mengira status kewarganegaraan ibu bapa. Namun orang ramai perlu faham bahawa pendaftaran kelahiran dan status kewarganegaraan adalah dua perkara berbeza.Pihak JPN menjelaskan, sijil kelahiran berwarna hijau hanya dikeluarkan kepada individu diiktiraf sebagai warganegara Malaysia.Info grafik Jabatan Pendaftaran Negara.Manakala, sijil kelahiran berwarna merah jambu pula diberikan kepada individu tidak memenuhi syarat untuk memperoleh kewarganegaraan Malaysia.“Ramai menyangka bayi yang lahir di Malaysia secara automatik menjadi warganegara."Hakikatnya, status kewarganegaraan ditentukan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa,” demikian menurut perkongsian itu.Jelas JPN, tujuan utama pendaftaran kelahiran adalah untuk merekodkan fakta kelahiran seseorang individu yang berlaku di Malaysia dan bukannya sebagai bukti pemberian taraf kewarganegaraan.Sijil kelahiran hanya membuktikan seseorang itu dilahirkan dan kelahirannya telah didaftarkan secara rasmi.Dua jenis sijil kelahiran1. Sijil Kelahiran Warganegara (Hijau)Diberikan kepada individu yang diiktiraf sebagai warganegara Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.2. Sijil Kelahiran Bukan Warganegara (Merah Jambu)Diberikan kepada individu yang tidak memenuhi syarat untuk memperoleh kewarganegaraan Malaysia.Menurut JPN, kedua-dua sijil tersebut merupakan dokumen rasmi pengesahan kelahiran yang sah dan dikeluarkan oleh jabatan itu.Bagaimanapun, pendaftaran kelahiran tidak boleh disamakan dengan pemberian taraf kewarganegaraan.Mengapa sijil kelahiran merah jambu dikeluarkan?JPN menjelaskan terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan seseorang bayi didaftarkan sebagai bukan warganegara.Antaranya apabila kedua-dua ibu bapa merupakan warga asing, status kewarganegaraan ibu bapa tidak dapat disahkan ketika pendaftaran dibuat atau terdapat isu perundangan yang memerlukan penelitian lanjut bagi menentukan status kewarganegaraan bayi berkenaan.Sehubungan itu, orang ramai harus faham bahawa kelahiran di Malaysia tidak secara automatik melayakkan seseorang menerima taraf warganegara atau memperoleh MyKad.JPN turut menegaskan sijil kelahiran merah jambu tetap merupakan dokumen sah membuktikan kelahiran telah didaftarkan di Malaysia, namun ia bukan bukti status kewarganegaraan.“Hanya selepas proses semakan dan pengesahan selesai dilakukan, barulah status seseorang individu sama ada warganegara atau bukan warganegara dapat ditentukan,” jelas JPN.