suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makin syok layan bola! Wajah pemain protes depan-depan terpampang jelas, FIFA perkenal ‘ref cam’

'Ref cam' memberi paparan dari perspektif sebenar pengadil

PENGALAMAN menonton bola sepak pada Piala Dunia 2026 bakal menjadi lebih menarik apabila pengadil dilengkapi kamera khas yang dipasang pada set kepala mereka.

Teknologi dikenali sebagai ref cam itu bukanlah kamera badan yang dipasang pada dada, sebaliknya kamera definisi tinggi (HD) bersaiz kecil diletakkan berhampiran telinga pengadil.

Melalui penggunaan kamera tersebut, penonton dapat menyaksikan rakaman dari sudut pandang sebenar pengadil ketika mengendalikan perlawanan, termasuk sewaktu berlaku insiden kontroversi atau keputusan penting di atas padang.

Lebih menarik, rakaman dihasilkan turut dibantu teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengurangkan kesan gegaran ketika pengadil berlari.

'Ref cam' juga meningkatkan pengalaman tontonan peminat.

'Ref cam' juga meningkatkan pengalaman tontonan peminat.

FIFA dilaporkan bekerjasama dengan Lenovo untuk menggunakan teknologi penstabilan imej berasaskan AI supaya rakaman dipaparkan kepada penonton lebih lancar dan jelas.

Selain kamera, pengadil turut memakai mikrofon serta earpiece komunikasi yang digabungkan dalam set headgear sama bagi memudahkan komunikasi dengan pegawai perlawanan lain.

Bagaimanapun, rakaman daripada ref cam itu tidak digunakan untuk membuat keputusan VAR secara langsung, sebaliknya bertujuan memperkayakan siaran televisyen dan memberi peminat peluang melihat situasi perlawanan dari perspektif yang selama ini hanya dapat dialami oleh pengadil.

Langkah itu dilihat sebagai satu lagi usaha FIFA membawa inovasi teknologi ke pentas bola sepak dunia, sekali gus meningkatkan pengalaman tontonan peminat sepanjang kejohanan berlangsung.

Fakta menarik ref cam Piala Dunia 2026

- Kamera HD kecil dipasang pada headset pengadil, bukan di dada.

- Memberi paparan dari perspektif sebenar pengadil.

- Digunakan untuk siaran TV, terutama ketika insiden kontroversi.

- AI daripada Lenovo membantu mengurangkan gegaran rakaman.

- Pengadil turut memakai mikrofon dan earpiece dalam set yang sama.

- Tidak digunakan untuk membuat keputusan VAR.

- Diperkenalkan pada Piala Dunia 2026 bagi meningkatkan pengalaman tontonan peminat.

Artikel Lain