MUNGKIN ramai tidak sedar sebenarnya harga tiket wayang boleh jadi jauh lebih murah jika tahu cara membeli menggunakan platform yang betul.Seorang pengguna berkongsi trik mudah dan hasilnya memang agak mengejutkan apabila berjaya berjimat lebih RM30 untuk satu transaksi. Menurut perkongsian tersebut, dia menggunakan aplikasi travel and voucher platform Klook sebagai 'orang tengah' untuk mendapatkan harga lebih rendah sebelum membuat penebuan di aplikasi milik pawagam seperti TGV atau GSC.Cara yang digunakan:1. Beli tiket wayang melalui aplikasi Klook- Pengguna perlu pilih pakej tiket yang ditawarkan dan setkan tarikh redemption mengikut hari sebenar ingin menonton wayang.- Ini penting supaya kod yang diterima nanti boleh digunakan pada hari yang dirancang.2. Lakukan pembayaran seperti biasa- Selepas transaksi berjaya, pengguna akan menerima redemption code melalui aplikasi atau emel. - Kod inilah yang akan digunakan untuk menebus tiket wayang di platform pawagam.3. Redeem di aplikasi TGV / GSC semasa checkout- Masukkan atau gunakan kod redemption tersebut ketika proses pembayaran tiket di aplikasi rasmi pawagam.- Selepas itu, tiket akan ditukar seperti pembelian biasa.Menonton wayang merupakan antara aktiviti yang digemari rakyat Malaysia. -Gambar hiasan AIIndividu tersebut turut membuat perbandingan harga yang diperolehnya selepas menggunakan aplikasi tersebut.Iaitu harga asal (tanpa promosi) bagi dua tiket wayang berserta makanan berjumlah RM91. Namun, selepas menggunakan baucer ia berjumlah RM59.50. Penjimatan sebanyak RM31.50.Walaupun nampak seperti penjimatan kecil, kaedah ini sebenarnya cukup membantu terutama bagi mereka yang kerap menonton wayang. Promosi di Klook dan platform seumpamanya sering berubah mengikut musim dan kempen tertentu. Jadi, pengguna disarankan untuk semak secara berkala supaya tidak terlepas tawaran harga lebih rendah atau bundle menarik.