suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Dunia 2026 dah nak mula, tengok dekat mana lagi padu... Kedai mamak atau rumah kawan?

Kedai mamak sentiasa menjadi pilihan ramai untuk menonton bola sepak. -Gambar hiasan AI

MENJELANG sepak mula kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 bermula 11 Jun hingga 19 Julai ini, satu persoalan besar pastinya mula timbul dalam kalangan peminat bola sepak iaitu di mana lokasi paling padu untuk layan setiap perlawanan.

Walaupun pelbagai kafe, sports bar dan lokasi tayangan awam menawarkan pengalaman tersendiri, ramai berpendapat suasana paling meriah sebenarnya bukan di stadium.

Sebaliknya, ia terletak pada kehangatan bersama komuniti penyokong berkongsi minat yang sama.

Bagi rakyat Malaysia, kedai mamak kekal menjadi pilihan utama.

Rumah bujang sentiasa meriah setiap kali Piala Dunia. -Gambar hiasan AI

Rumah bujang sentiasa meriah setiap kali Piala Dunia. -Gambar hiasan AI

Dengan operasi sehingga lewat malam atau 24 jam, skrin besar serta hidangan seperti teh tarik dan roti canai, kedai mamak sudah lama dianggap sebagai 'stadium kedua' buat kaki bola tempatan.

Malah, perbincangan dalam media sosial turut menunjukkan ramai peminat lebih gemar menonton perlawanan di kedai mamak kerana suasananya yang lebih meriah, terutama apabila hadir bersama rakan-rakan.

Namun, tidak kurang juga yang memilih rumah sendiri atau rumah rakan sebagai lokasi menonton.

Selain lebih selesa, mereka boleh menikmati perlawanan tanpa perlu berebut tempat duduk atau berdepan kesesakan, terutama bagi aksi tumpuan yang berlangsung pada awal pagi waktu Malaysia.

Bagi sesetengah peminat, pengalaman menonton di rumah rakan dianggap paling ideal kerana menggabungkan keselesaan dan kemeriahan sorakan beramai-ramai.

Sementara itu, premis fan zone atau tayangan awam pula sering menjadi pilihan mereka yang mahu merasai suasana seakan-akan berada di stadium dengan kehadiran ratusan hingga ribuan penyokong.

Apa pun pilihannya, satu perkara yang pasti, Piala Dunia bukan sekadar tentang 22 pemain di atas padang, tetapi juga momen berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan untuk meraikan sukan paling popular di dunia.

Port paling popular layan World Cup:

- Kedai mamak

- Rumah kawan

- Rumah sendiri

- Sports bar

- Fan zone atau tayangan awam

Sejarah baharu bakal tercipta apabila 48 buah negara disahkan berentap selama lebih sebulan.

Jadi, adakah anda sudah mula merancang lokasi terbaik daripada sekarang untuk menikmati kemeriahan Piala Dunia 2026 bersama insan tersayang?

Artikel Lain