suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rupanya ramai Army jadi mangsa tiket BTS palsu... Wanita ini kongsi cara semak akaun ‘scammer’ sebelum buat bayaran

Ada peminat yang menjadi mangsa penipuan gara-gara tidak berjaya membeli tiket konsert di portal rasmi. -Gambar hiasan AI

PERMINTAAN tinggi terhadap tiket konsert kumpulan K-pop, BTS yang habis dalam tempoh singkat membuka ruang kepada sindiket penipuan memperdaya peminat, khususnya melalui jual beli di platform tidak rasmi dan media sosial. 

Keadaan ini menyebabkan beberapa individu dilaporkan menjadi mangsa apabila terpedaya dengan tawaran tiket palsu yang kononnya terhad dan perlu dibeli segera.

Seorang wanita berkongsi beberapa langkah penting yang boleh membantu orang ramai mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Portal Semak Mule membantu orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan.

Portal Semak Mule membantu orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan.

Menurutnya, pembeli perlu lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang transaksi, khususnya apabila membeli tiket daripada individu yang tidak dikenali di media sosial.

"Sebelum nak beli tiket konsert daripada pihak ketiga, anda perlu ambil nombor akaun penjual dulu sebelum transfer duit.

"Jangan terus bayar guna QR dan jangan terburu-buru buat bayaran tanpa semakan," katanya menerusi perkongsian di Threads.

Semak Mule

Wanita itu turut menggesa orang ramai menggunakan portal Semak Mule bagi memeriksa sama ada nombor akaun atau nombor telefon penjual pernah dikaitkan dengan aktiviti penipuan.

Menurutnya, ramai yang masih tidak mengetahui kewujudan portal berkenaan walaupun ia boleh menjadi benteng awal untuk mengesan akaun mencurigakan.

"Pergi semak nombor akaun itu di Semak Mule sebelum transfer. Tolong ambil serius perkara ini.

"Bukan untuk beli tiket konsert sahaja, malah apa-apa urusan jual beli dengan individu yang memerlukan kita membuat pembayaran pun boleh semak terlebih dahulu," ujarnya.

Semak Mule adalah portal rasmi yang dibangunkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan orang ramai menyemak sama ada nombor akaun bank atau nombor telefon tertentu pernah dilaporkan terlibat dalam kes jenayah komersil.

Langkah selepas ditipu

Selain itu, wanita berkenaan turut berkongsi beberapa langkah yang perlu dilakukan sekiranya seseorang menyedari dia menjadi mangsa penipuan.

Antara tindakan segera yang disarankan adalah menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 dan memberikan semua maklumat berkaitan transaksi yang berlaku.

"Mangsa juga perlu segera menghubungi bank yang digunakan untuk membuat transaksi, iaitu bank pengirim.

"Contohnya jika anda menggunakan CIMB untuk memindahkan wang ke akaun Maybank milik scammer, hubungi CIMB kerana pihak bank pengirim mempunyai rekod lengkap transaksi termasuk masa, jumlah bayaran dan nombor rujukan," jelasnya.

Dalam masa sama, laporan polis juga perlu dibuat secepat mungkin bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

Permintaan tinggi menyebabkan tiket konsert terjual dengan cepat. -Gambar hiasan AI

Permintaan tinggi menyebabkan tiket konsert terjual dengan cepat. -Gambar hiasan AI

Wanita itu turut berkongsi beberapa tanda amaran yang sering digunakan scammer untuk memperdaya mangsa.

Antaranya ialah mendesak pembeli membuat bayaran dengan segera, kerap menukar nombor akaun bank, serta menggalakkan penggunaan pembayaran melalui Touch 'n Go eWallet atau kod QR.

Menurutnya, terdapat juga scammer yang menggunakan nombor akaun bank, namun orang ramai perlu peka terhadap nama penerima yang tertera.

"Kalau nama penerima langsung tak sama dengan individu yang berurusan dengan kita, atau menggunakan nama warga asing serta individu lain yang mencurigakan, itu antara petanda akaun keldai digunakan," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membuat semakan terlebih dahulu sebelum memindahkan wang, terutama ketika membeli tiket konsert yang mendapat permintaan tinggi dan sering menjadi sasaran sindiket penipuan.

Artikel Lain