RAMAI ibu bapa menganggap urusan membuat kad pengenalan pertama untuk anak berusia 12 tahun di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memerlukan masa yang panjang dan perlu beratur sejak awal pagi.Bagaimanapun, seorang lelaki berkongsi pengalamannya yang berjaya menyelesaikan urusan tersebut dengan lebih cepat menerusi tempahan janji temu secara dalam talian. Menurut perkongsiannya, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menetapkan janji temu melalui portal khas JPN di web12tahun.jpn.gov.my sebelum hadir ke cawangan yang dipilih.Selain urusan MyKad, pendaftaran kelahiran dan kematian juga dibuat di JPN. -Gambar hiasan AI“Macam mana aku 'potong' queue di JPN semasa buat kad pengenalan anak 12 tahun?“Set appointment terlebih dahulu di portal yang disediakan,” katanya.Tambahnya, pada hari janji temu, ibu atau bapa hanya perlu hadir ke pejabat JPN bersama kad pengenalan serta sijil kelahiran asal anak.Menurutnya, pemohon yang mempunyai janji temu akan diberikan nombor giliran khas, sekali gus mempercepatkan proses urusan di kaunter.“Aku sampai pukul 8.25 pagi, pukul 8.30 pagi nombor dah dipanggil,” ujarnya.Lebih menarik, keseluruhan proses tidak mengambil masa yang lama apabila kad pengenalan anaknya berjaya disiapkan dalam tempoh kira-kira sejam selepas urusan di kaunter selesai.Kaedah buat MyKad anak cara pantas- Buat janji temu di portal web12tahun.jpn.gov.my.- Hadir ke JPN bersama MyKad ibu atau bapa serta sijil kelahiran asal anak.- Dapat nombor giliran khas.- Urusan di kaunter lebih pantas.- MyKad siap dalam tempoh kira-kira satu jam.