suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bos ‘call’ pun tak masuk! Ini cara paling bijak ‘matikan’ Internet WhatsApp demi cuti tenang tanpa gangguan

Bunyi deringan dan mesej WhatsApp kadang kala memberi tekanan kepada pekerja yang bercuti. -Gambar hiasan AI

WAKTU cuti sememangnya detik paling ditunggu-tunggu oleh sesiapa sahaja kerana inilah masanya untuk berehat dan meluangkan masa dengan tenang, tanpa sebarang gangguan tugasan pejabat atau urusan luar.

Tapi realitinya, ketenangan itu boleh terganggu apabila tiba-tiba panggilan masuk di aplikasi WhatsApp, terutama yang melibatkan urusan kerja.

Mendengarkan bunyi deringan itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan mood rehat anda terus merudum dan hilang begitu sahaja.

Ramai sebenarnya tak sedar, ada cara mudah untuk elakkan gangguan ini tanpa perlu mematikan Internet sepenuhnya pada telefon.

Ada segelintir majikan menggunan WhatsApp untuk memberi arahan kepada pekerja tanpa mengira waktu. -Gambar hiasan

Ada segelintir majikan menggunan WhatsApp untuk memberi arahan kepada pekerja tanpa mengira waktu. -Gambar hiasan

Kebanyakan telefon pintar hari ini mempunyai fungsi yang membolehkan pengguna menyekat akses data untuk aplikasi tertentu sahaja. 

Maksudnya, kita boleh 'diamkan' WhatsApp tanpa menjejaskan aplikasi lain seperti YouTube, Instagram atau pelayar Internet.

Dengan cara ini, WhatsApp tidak akan menerima atau menghantar notifikasi kerana ia tidak lagi mempunyai akses Internet, walaupun telefon masih bersambung seperti biasa.

Menariknya, fungsi ini sangat berguna terutama ketika bercuti, waktu tidur, atau saat kita benar-benar mahu berehat tanpa gangguan.

Cara tutup data WhatsApp di iPhone

Untuk pengguna iPhone, caranya agak mudah:

Pertama, buka menu Settings di telefon anda. Kemudian pilih Cellular dan scroll ke bawah sehingga anda jumpa senarai aplikasi yang menggunakan data mudah alih.

Cari WhatsApp dalam senarai tersebut dan matikan akses data dengan menekan suis di sebelahnya.

Selepas itu, WhatsApp tidak lagi boleh menggunakan data mudah alih. Namun perlu diingat, jika telefon masih bersambung ke WiFi, WhatsApp masih boleh berfungsi seperti biasa.

Cara tutup data WhatsApp di Android

Bagi pengguna Android pula, langkahnya sedikit berbeza mengikut jenama telefon.

Sebagai contoh, untuk telefon Xiaomi, anda boleh buka aplikasi Security yang tersedia dalam telefon.

Selepas itu, pilih menu Data Usage, kemudian masuk ke Limit Data Usage.

Daripada situ, anda boleh pilih aplikasi WhatsApp dan matikan akses Internetnya, sama ada untuk data mudah alih atau WiFi, bergantung pada tetapan telefon anda.

Dengan cara ini, WhatsApp akan senyap sepenuhnya tanpa perlu anda mematikan sambungan Internet seluruh telefon.

Fungsi ini mungkin nampak kecil, tetapi sangat membantu untuk mereka yang mahu ruang rehat tanpa gangguan.

Artikel Lain