APABILA seseorang itu tersesat di dalam hutan, keupayaan memilih sumber makanan yang betul boleh menjadi faktor paling kritikal untuk terus bertahan.Menerusi satu perkongsian, vlogger kembara dikenali sebagai Muh Rizal Saswara, dia memaklumkan salah satu tumbuhan hutan yang boleh dimakan jika berada dalam situasi kecemasan adalah pokok tukas. Menurutnya, pokok itu juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti ibul, beredin, dudok dan pinang tukas, dengan nama saintifiknya Caryota mitis. "Daunnya yang unik berbentuk seperti ekor ikan menyebabkan ia turut digelar fishtail palm," katanya menerusi perkongsian di TikTok [Tonton Video].Rizal menjelaskan, pokok tersebut biasanya mudah dijumpai di kawasan hutan pada altitud rendah sehingga sekitar 1,200 meter di atas paras laut. "Namun, ia semakin jarang ditemui di kawasan lebih tinggi kerana tidak sesuai dengan suhu yang lebih sejuk.“Kalau masih kecil, bentuknya rendah. Tapi bila dah besar, ia boleh jadi tinggi seperti pokok palma biasa,” jelasnya.Bahagian yang boleh dimakanDalam perkongsiannya, Rizal menegaskan bahawa bukan semua bahagian pokok ini boleh dimakan.Antara bahagian yang sesuai untuk dijadikan makanan ialah umbut atau teras lembut di bahagian dalam batang pokok."Caranya ialah dengan memotong bahagian pucuk dan mengambil teras lembut di tengah-tengah batang.“Umbut dia kita boleh makan terus,” katanya sambil mencuba sendiri tumbuhan tersebut.Rasa dan kandungan nutrisiMenurutnya lagi, umbut pokok tukas mempunyai rasa yang agak unik, dengan tekstur lemak-lemak, sedikit manis serta berair. Ia juga mengandungi karbohidrat, serat dan sedikit protein, selain mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus.Walaupun begitu, ia hanya sesuai dijadikan sumber makanan kecemasan dan bukan makanan harian.Rizal turut mengingatkan bahawa ilmu seperti ini penting sebagai persediaan jika berlaku situasi tidak dijangka ketika berada di hutan. Namun, pengguna tetap perlu berhati-hati dan memastikan tumbuhan yang diambil benar-benar selamat dimakan.