suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sampai 30 minit dah dapat! Army BTS wajib tahu tip penting ini sebelum ‘battle’ tiket konsert

Ramai peminat BTS kecewa gagal membeli tiket konsert kumpulan K-pop berkenaan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita bermurah hati berkongsi tip dan strategi ‘berperang’ demi mendapatkan tiket konsert BTS World Tour ‘ARIRANG’ di Kuala Lumpur yang kini sedang dijual secara berfasa bermula 3 Jun hingga 5 Jun 2026. 

Menurut individu berkenaan, kejayaannya menyambar tiket idaman dalam tempoh kira-kira 30 minit sahaja sebenarnya bukan hanya bergantung kepada kelajuan internet semata-mata.

Sebaliknya strategi dan persediaan awal memainkan peranan besar.

Good luck untuk yang battle hari ini, ingat tip ni. Internet laju tak menjamin dapat tiket. Ini saya share lepas buat research,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Antara strategi yang dikongsikan wanita itu hasil saranan suaminya adalah dengan menggunakan pelayar (browser) tertentu yang didakwa lebih ringan dan kurang gangguan iklan yang menjengkelkan.

“Guna internet Edge sebab tak banyak iklan, kalau guna Google (Chrome) kadang lambat,” katanya.

Kedua, dia menekankan supaya pengguna hanya membuka laman go live dan menutup aplikasi lain ketika waktu pembelian bermula bagi mengelakkan gangguan sistem.

“Apabila battle tu, buka Go Live je. Yang lain tutup dulu. Lepas buat ni, baru nampak line merah tu bergerak,” katanya.

Ketiga, kaedah pembayaran juga perlu disediakan lebih awal, termasuk memastikan baki atau limit mencukupi jika menggunakan kaedah pembayaran ansuran.

“Bayar guna SPayLater, pastikan limit cukup. Login akaun siap-siap dan apabila dapat QR terus scan je,” katanya.

Dia turut menambah, persediaan seperti kata laluan dan akses akaun perlu disiapkan lebih awal bagi mempercepatkan proses pembelian.

Untuk rekod, jualan tiket konsert BTS World Tour ‘ARIRANG’ di Kuala Lumpur melalui platform Live Nation Malaysia dijual secara berfasa sehingga Jumaat.

Konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 12 dan 13 Disember 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil, dengan harga tiket bermula RM338 hingga RM1,288.

Artikel Lain