suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes orang hilang makin kerap, lelaki ini cadang pasang papan tanda khas di luar trek utama - “Tunggu sini jika sesat”

Papan tanda mungkin kaedah terbaik membantu mangsa daripada terus tersesat jauh. -Gambar hiasan AI

SEJAK kebelakangan ini media sosial dan laporan berita kerap kali digemparkan dengan kes kehilangan individu, sama ada dalam kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa, terutamanya ketika melakukan aktiviti riadah di dalam hutan.

Rentetan daripada kebimbangan yang semakin memuncak ini, satu cadangan bernas diutarakan bagi mengekang isu berkenaan daripada terus berlarutan.

Langkah pemasangan papan tanda atau signboard amaran di kawasan hutan rekreasi dilihat mampu membantu pendaki yang tersesat untuk kembali ke laluan utama, atau sekurang-kurangnya memudahkan mereka ditemui oleh pasukan penyelamat dengan lebih pantas.

Seorang pengguna media sosial, Mohd Jamalee yang melontarkan idea tersebut berkata, papan tanda itu bukannya berfungsi sebagai penanda trek utama atau laluan rasmi pendakian, sebaliknya ia dicadangkan untuk diletakkan sedikit jauh dari laluan asal.

“Tujuannya untuk hentikan pendaki yang tersesat daripada terus masuk lebih jauh ke dalam hutan. Mungkin ada yang kata... kalau dah tau sesat, patah balik je la. Tapu ini tak berlaku dalam hutan.

"Kalau dah sesat, apabila pusing belakang, anda tak kenal dah laluan tu. Memang nampak lain," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Cadangan kotak kit kecemasan

Selain papan tanda, Mohd Jamalee turut mencadangkan supaya diletakkan kotak kit survival asas di lokasi tertentu bagi membantu pendaki yang kehilangan barangan atau terputus bekalan.

Menurutnya, kit tersebut tidak perlu mahal, sebaliknya cukup untuk membantu mangsa bertahan sementara menunggu bantuan, kecuali peralatan komunikasi seperti satelit yang bersifat tambahan.

"Pastikan barang yang diletakkan dalam kit kecemasan tu pun jangka hayatnya panjang. Kotak kit survival tu bukan supaya pendaki tak bersedia dengan keperluan barangan sendiri.

"Ia lebih kepada kes-kes di mana pendaki tu mungkin kehilangan beg. Mungkin beg individu itu berada dengan kawan yang terpisah, atau beg dicampak ketika dikejar dan mungkin beg terjatuh gaung. Begitulah maksudnya.

Cukup sediakan wisel, kompas, lighter dan beberapa barangan kecil di situ. Untuk survival saja," katanya memberi penerangan.

Ujar Mohd Jamalee lagi, idea-idea tersebut dikemukakan selepas membuat pemerhatian terhadap gambar daripada kamera perangkap hidupan liar (camera trap) yang sebelum ini pernah berjaya merakam kelibat pendaki yang tersesat di dalam kawasan hutan.

Katanya, jika teknologi kamera boleh mengesan pergerakan manusia di kawasan terpencil, pemasangan papan tanda di lokasi yang betul pastinya boleh membantu pendaki terbabit untuk berhenti, bertenang, dan menunggu bantuan menyelamat daripada terus melangkah ke arah bahaya.

Artikel Lain