suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Proton X50 tak sempat buka plastik dah ‘total loss’, ramai nak tahu status hutang bank... Tetap kena bayar ke?

Proton X50 yang dinaiki enam sekeluarga yang maut di Kedah dipercayai baru sahaja keluar dari bilik pameran.

KEMALANGAN maut membabitkan enam sekeluarga yang menaiki Proton X50 di Sungai Petani, Kedah pada Ahad lalu bukan sahaja meninggalkan duka mendalam, malah turut menimbulkan persoalan dalam kalangan warga maya mengenai status pinjaman kenderaan tersebut.

Ini susulan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu masih terlalu baharu dan dipercayai baru sahaja keluar dari bilik pameran, sebelum terlibat dalam nahas ngeri berkenaan hingga disahkan mengalami rosak total (total loss).

Menjawab kemusykilan itu, beberapa individu termasuk penasihat jualan kenderaan tampil menjelaskan bahawa situasi sedemikian sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada status insurans serta perlindungan tambahan yang diambil ketika urusan pembelian.

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas kereta bertembung lori tanah, ragut enam nyawa termasuk bayi

Menurut mereka, sekiranya proses pembayaran (disbursement) oleh pihak bank belum dilakukan atau pinjaman belum mula berjalan, pemilik mungkin tidak perlu membuat sebarang bayaran bulanan.

"Baru keluar showroom, disbursement (proses bank mengeluarkan atau melepaskan duit pinjaman kepada pihak penjual) pun tak lagi.

"Jadi tak payah bayar apa-apa. Claim total lost saja," jelas penasihat jualan tersebut.

Pinjaman aktif

Namun, jika pinjaman sudah aktif, keadaan berbeza kerana bayaran tetap perlu diteruskan sementara menunggu proses tuntutan insurans diselesaikan.

Dalam masa sama, insurans komprehensif akan menilai kereta berdasarkan nilai pasaran, sebelum membuat bayaran terus kepada pihak bank.

Jika jumlah pampasan mencukupi untuk menutup baki pinjaman, maka hutang dianggap selesai.

Namun jika tidak mencukupi, pemilik perlu menanggung baki pinjaman yang tinggal.

Peranan Autolife atau perlindungan tambahan

Perbincangan turut menyentuh mengenai perlindungan tambahan seperti Autolife atau Auto Life Takaful.

Menurut perkongsian tersebut, perlindungan ini hanya berfungsi sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal kepada pemilik.

Jika situasi tersebut berlaku, baki pinjaman akan dilangsaikan oleh perlindungan berkenaan.

Namun ia tidak melindungi situasi kemalangan biasa seperti total loss jika pemilik masih hidup dan sihat.

Artikel Lain