suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nahas kereta bertembung lori tanah, ragut enam nyawa termasuk bayi

Kemalangan itu meragut enam daripada tujuh individu dalam kereta dinaiki mereka. -Foto ihsan bomba

ENAM individu termasuk seorang bayi maut, manakala seorang kanak-kanak perempuan cedera parah selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah pada Ahad.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pemandu Proton X50, Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 27, selain Nora Mhd Husin, 55; Jamaliah Sannusi, 27; Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21; seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun serta bayi berusia enam bulan yang identitinya masih belum dikenal pasti.

Dalam kejadian itu, seorang lagi mangsa, Aulia Sofea Ahmad Shafiq berusia tiga tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.46 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Tikam Batu bersama bantuan BBP Sungai Petani bergegas ke lokasi sejurus menerima laporan.

Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah Proton X50 dan lori muatan tanah seberat 10 tan yang dipercayai bertembung dari arah bertentangan.

Fauzi berkata, terdapat tujuh mangsa berada dalam SUV berkenaan dan enam daripadanya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Mangsa yang cedera parah pula dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Lain