SEORANG lelaki terpaksa menerima 55 jahitan pada kemaluannya selepas didakwa digigit oleh kakak iparnya ketika pergaduhan keluarga tercetus.Kejadian di India pada 23 Oktober lalu itu dikatakan tercetus selepas anak wanita berkenaan mengadu dipukul mangsa dikenali sebagai Rajneesh, 37. Kakak iparnya, Gayatri, kemudian bersemuka dengan Rajneesh sebelum pertengkaran bertukar menjadi pergelutan.Laporan media tempatan mendakwa Rajneesh bertindak menanggalkan pakaiannya akibat marah sewaktu pergelutan tersebut.Wanita itu kemudian didakwa menolak mangsa sehingga jatuh sebelum menggigit kemaluannya.Bapa mangsa yang mendengar jeritan kesakitan bergegas membantu sebelum dia dirujuk ke Hospital Hallet, Kanpur.Susulan daripada insiden itu, isteri mangsa membuat laporan polis terhadap Gayatri dan suaminya.Dalam pada itu, polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan susulan aduan diterima. -Agensi