suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Permintaan beli kereta tak dipenuhi, suami tampar dan tarik rambut isteri sebelum seret ke jalan raya

Tangkap layar rakaman CCTV ketika jiran cuba meleraikan pergaduhan pasangan ini di hadapan kediaman mereka.

RASA tidak puas hati kerana gagal mendapatkan kereta dan motosikal selepas berkahwin dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak membelasah isterinya dalam kejadian Rabu lalu.

Mangsa, Twinkle, cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke rumah jiran selepas pertengkaran  semakin memuncak dalam kejadian di Ludhiana, Punjab, Indoa.

Bagaimanapun, suaminya, Ritish Sharma, mengejar mangsa sebelum menampar, menarik rambut dan membelasah wanita itu sehingga diseret ke jalan raya.

Memetik portal NDTV pada Ahad, insiden berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan suspek menyerang isterinya di luar rumah mereka.

Jeritan mangsa menyebabkan jiran bergegas keluar dari rumah masing-masing sebelum menyelamatkan mangsa.

Twinkle kemudian membuat laporan polis dan menyerahkan rakaman CCTV berkenaan sebagai bukti kejadian.

Ritish yang bekerja dalam sektor penjagaan kesihatan berkahwin dengan Twinkle, seorang pengusaha salun, pada November tahun lalu.

Perkahwinan itu merupakan yang pertama buat Ritish, manakala Twinkle pernah berkahwin sebelum ini.

Mereka mula berkenalan kira-kira dua tahun lalu ketika Twinkle melalui proses perceraian sebelum hubungan persahabatan bertukar menjadi cinta.

Bagaimanapun, Twinkle mendakwa suaminya mula meminta sebuah kereta Mahindra Thar kira-kira tiga bulan selepas mereka berkahwin sehingga mencetuskan pertengkaran hampir setiap hari.

Twinkle mendakwa suaminya kemudian meminta sebuah motosikal pula.

Susulan laporan polis yang dibuat mangsa, pihak berkuasa sedang mengambil tindakan lanjut terhadap Ritish. -Agensi

Artikel Lain