Tindakan seorang pekerja berpengalaman yang enggan menurut ketetapan dibuat oleh pihak pengurusan untuk merekodkan kehadiran harian di Google Form membawa padah apabila ia dijadikan antara salah satu punca pemecatannya oleh syarikat. -Gambar hiasan AI
KEDEGILAN enggan mengisi borang kehadiran harian melalui Google Form mengundang pada buat seorang pekerja apabila dia dilaporkan dibuang kerja meskipun sudah 13 tahun berkhidmat dengan gaji mencecah RM14,000 sebulan.Kisah tersebut merupakan antara kes didedahkan pempengaruh dalam bidang pengurusan sumber manusia Nadzrah Yusof atau lebih dikenali sebagai Makcik Labor. Menerusi satu hantaran di LinkedIn, Nadzrah berkongsi pekerja yang berkhidmat di sebuah syarikat tenaga dan utiliti tempatan itu telah ditamatkan perkhidmatan selepas didapati bersalah atas dua salah laku.Kesalahan pertama melibatkan ketidakhadiran tanpa kebenaran selama 39 hari tanpa sebarang kelulusan atau alasan kukuh daripada pihak pengurusan.Kesalahan kedua pula membabitkan keingkaran terhadap arahan majikan apabila pekerja terbabit berkeras enggan mematuhi arahan ketuanya untuk merekodkan kehadiran setiap hari menggunakan pautan Google Form.Kes ini turut didengar di Mahkamah Perusahaan. -Industrial Court/InstagramSusulan pemecatan itu, bekas pekerja berkenaan dilapor bertindak memfailkan tuntutan di Mahkamah Perusahaan dengan mendakwa dirinya telah dipecat secara tidak adil.Semasa perbicaraan, penuntut difahamkan memberi alasan arahan mengisi borang kehadiran digital itu sebagai satu tindakan yang merendahkan maruah serta memalukan sebagai seorang dewasa."Dalam employment relationship, majikan ada managerial prerogative untuk menetapkan kaedah merekod kehadiran pekerja."Punch card ke, biometric ke, Google Form ke, selagi arahan itu lawful and reasonable, pekerja perlu patuh," ujar Nadzrah.Bagi tuduhan gagal hadir bertugas pula, pekerja berkenaan menjadikan masalah kesihatan tulang belakang sebagai alasan utama ketidakhadirannya.ARTIKEL BERKAITAN: Peguam bongkar helah majikan singkir staf secara halus, berselindung di sebalik PIP... Akhirnya menang pampasan hampir RM500,000!ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja kantoi mengumpat ‘big boss’ dalam e-mel dibuang kerja! Tapi Mahkamah Perusahaan arah syarikat bayar pampasan lebih RM66,850Bagaimanapun, tuntutan pekerja itu gagal dan ditolak oleh mahkamah selepas mendapati tindakan pemberhentian kerja oleh pihak syarikat mempunyai alasan yang munasabah.Ia selepas mahkamah mendapati arahan majikan untuk merekodkan kehadiran adalah sah dan pekerja terbabit terbukti tahu serta faham mengenai peraturan tersebut."Tak isi Google Form sekali bukan bermaksud automatik boleh kena buang kerja! Untuk membuktikan insubordination, majikan perlu menunjukkan wujudnya arahan munasabah, pekerja memahami arahan tersebut dan berlaku deliberate disobedience."Dalam kes ini, mahkamah mendapati penuntut tahu tentang arahan tersebut. Beliau pernah mengisi borang itu dan terdapat peringatan melalui WhatsApp namun beliau sengaja memilih untuk tidak mematuhinya."Malah, beliau turut menerima peringatan berkali-kali melalui aplikasi WhatsApp, namun sengaja memilih untuk tidak mematuhinya," ujar Nadzrah.Seorang pekerja bergaji RM14,000 sebulan dipecat walaupun sudah berkhidmat selama 13 tahun.Bekas pekerja terbabit dibuang kerja kerana ponteng selama 39 hari dan enggan mengisi kehadiran harian melalui Google Form.Bekas pekerja itu kemudiannya memfailkan tuntutan di Mahkamah Perusahaan atas dakwaan diberhentikan kerja secara tak adil.Mahkamah menolak tuntutan tersebut kerana pekerja berkenaan terbukti sengaja ingkar arahan majikan yang sah walau sudah diberi peringatan.Pekerja terbabit juga gagal mengemukakan bukti sijil cuti sakit dengan syarikat juga telah menjalankan siasatan dalaman dengan teratur.Ringkasan ini dijana oleh AIPada masa sama, dakwaan mengalami sakit tulang belakang juga gagal menyelamatkan pekerja berkenaan kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi menunjukkan dirinya telah memaklumkan perkara tersebut kepada syarikat atau menyerahkan sijil cuti sakit bagi tempoh 39 hari berkenaan.Tambah Nadzrah, mahkamah turut mengambil kira tindakan pihak syarikat yang telah menjalankan proses siasatan dalaman (Domestic Inquiry) dengan teratur, selain Jawatankuasa Tatatertib juga telah mempertimbangkan semua faktor mitigasi sebelum menjatuhkan hukuman buang kerja.Mengambil iktibar daripada kes tersebut, Nadzrah dalam hantaran sama mengingatkan golongan pekerja bahawa tempoh perkhidmatan yang lama dan gaji besar bukanlah 'tiket' untuk memilih peraturan mana yang mahu diikuti."13 tahun perkhidmatan bukan lesen untuk ingkar arahan. Pengalaman bertahun-tahun kadangkala bertukar menjadi sense of entitlement (rasa diri berhak dapat layanan istimewa)."Jangan terlalu sibuk mempertahankan ego sampai terlupa mempertahankan periuk nasi sendiri," tulisnya.