Faktor persekitaran tempat kerja yang toksik menjadi antara punca seseorang mengambil keputusan untuk meletak jawatan. -Gambar hiasan AI
SETIAP pekerja mempunyai hak untuk bekerja dalam persekitaran yang adil dan telus. Walaupun sesebuah syarikat mempunyai hak untuk menilai prestasi pekerja, langkah-langkah seperti Pelan Peningkatan Prestasi (PIP) tidak boleh disalahgunakan sebagai alat untuk menyingkirkan pekerja secara tidak wajar. Seorang peguam berpengalaman berkongsi mengenai satu kes yang membuka mata ramai pihak tentang bagaimana PIP boleh disalahgunakan.Menurut peguam yang dikenali sebagai @cahayeatiqah.za di Threads, pekerja yang terlibat adalah seorang yang berpangkat Naib Presiden dan sudah berkhidmat sejak tahun 2013.ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati jika rakan sekerja selalu belanja makan, bimbang ada ‘price tag’ tak nampak... Ini cara elak terhutang budiSepanjang tempoh tersebut, prestasinya cemerlang dengan menerima bonus setiap tahun dan kenaikan gaji yang konsisten.Namun, pada tahun 2018, syarikat tiba-tiba menilai pekerja berkenaan sebagai underperformer dan menempatkannya di bawah PIP, tanpa sebarang amaran sebelumnya."PIP itu bukan untuk memperbaiki prestasi, tetapi digunakan untuk memaksa keluar dengan cara yang nampak sah," kata peguam itu.Pelan Peningkatan Prestasi (PIP) adalah langkah sesebuah syarikat memberikan sokongan bagi memperbaiki prestasi pekerja. -Gambar hiasan AI Dalam tempoh PIP, pekerja tersebut diberikan KPI yang tidak masuk akal, diberi kerja tambahan yang bukan tanggungjawabnya selama tiga minggu, malah setiap ulasan prestasi pula disusun secara negatif, menumpukan kepada kesalahan kecil seperti tatabahasa dan struktur ayat."Syarikat bagi dia dua pilihan, resign atau terminate. Senang je cara syarikat ni. Geram betul."Jadi, pekerja tu resign. Bukan sebab nak. Sebab terpaksa. Nak jaga rekod prestasi. Nak survive," kongsinya.Namun, kes itu dibawa ke Mahkamah Perusahaan, di mana syarikat mendakwa bahawa pekerja tersebut berhenti secara sukarela.Ujarnya, mahkamah menilai bukti dan mendapati bahawa PIP itu tidak tulen dan dirancang, malah keputusan syarikat untuk menyingkirkan pekerja berkenaan dibuat sebelum ulasan akhir dijalankan."Keputusan mahkamah, pekerja dipaksa berhenti dan syarikat bersalah. Mahkamah arahkan syarikat membayar pampasan sebanyak RM433,180, selepas ditolak pendapatan post-dismissal sebanyak RM85,920."Moralnya, PIP bukan alat kebal. Jika disalahgunakan untuk menekan pekerja keluar, mahkamah akan nampak. Percayalah, dan syarikat akan menanggung akibatnya," akhirinya. Berikut dikongsikan langkah yang boleh diambil sekiranya pekerja dipaksa berhenti kerja secara tidak adil:Mendapatkan bukti - Simpan dokumen, e-mel, mesej atau sebarang rekod yang menunjukkan tekanan atau paksaan untuk berhenti kerja.Berunding dengan majikan - Cuba selesaikan isu secara aman melalui perbincangan atau rundingan untuk mencari penyelesaian bersama.Rujuk kes ke JTKM - Hantar aduan rasmi kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk tindakan dan nasihat lanjut.Dapatkan nasihat undang-undang - Hubungi peguam atau pihak persatuan pekerja untuk memahami hak anda di bawah Akta Kerja 1955.Simpan rekod peribadi - Catat semua tarikh, perbualan dan tindakan yang berkaitan dengan paksaan berhenti kerja.