suria

Hati-hati jika rakan sekerja selalu belanja makan, bimbang ada ‘price tag’ tak nampak... Ini cara elak terhutang budi

Hubungan yang baik dengan rakan sekerja sememangnya penting untuk suasana kerja yang harmoni dan produktif. -Gambar hiasan AI

MEMASUKI dunia pekerjaan, hubungan dengan rakan sekerja sering memainkan peranan penting.

Dalam pada berkongsi tugas, tekanan, dan kadang-kadang momen santai seperti makan tengah hari bersama, kita sewajarnya meletakkan profesionalisme di tempat paling hadapan untuk mengelakkan konflik di kemudian hari.

Di laman Threads, seorang individu berkongsi pandangan agar setiap individu mengamalkan sikap berhati-hati dengan rakan sekerja yang gemar belanja makan.

Menurutnya, pandangan tersebut disuarakan berdasarkan pengalaman peribadinya yang sudah lama berkecimpung dalam dunia korporat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali ciri-ciri orang liat bayar hutang... Kalau dapat ‘hidu’ awal, boleh elak satu masalah!

"Ini personal POV dan pengalaman aku sepanjang dalam dunia korporat. Tak semua orang macam ni, tapi 'spesis' ni memang wujud.

"Kadang-kadang, belanja makan tu bukan sebab murah hati, tapi ada price tag yang kita tak nampak," tulisnya dalam hantaran tersebut.

Menurutnya, ini kerana wujud sesetengah individu yang menggunakan taktik belanja rakan sekerja untuk 'membeli kesetiaan dan dominasi'.

"Apabila dah selalu 'payung', dia rasa dia ada power nak control kau. 

"Kau nak tolak kerja lebih, rasa serba salah. Kau nak tegur silap dia, rasa terhutang budi.

"Hujung-ujung kau jadi 'pak turut' sebab perut dah kena ikat dengan budi dia," ujarnya.

Justeru menurutnya, pendekatan yang lebih baik adalah dengan mengutamakan profesionalisme, meletakkan sempadan antara hal peribadi dan kerja selain  bertegas dengan prinsip peribadi. 

"Kalau nak belanja, kita balas balik (reciprocate) supaya tak terhutang budi. 

"Jangan sampai 'disuap' sampai kau hilang prinsip diri dekat office. Be kind, but don't be a fool," ujarnya lagi.

Artikel Lain