CCTV jiran yang jelas merakam pintu masuk atau ruang dalam rumah jiran yang lain boleh dianggap sebagai pencerobohan privasi. -Gambar hiasan AI
MEMASANG kamera litar tertutup (CCTV) sudah menjadi kebiasaan bagi pemilik rumah bagi tujuan keselamatan.Namun di sebalik itu, timbul pula persoalan jika kamera yang dipasang itu menghala ke kawasan rumah jiran dan boleh menceroboh privasi. Adakah situasi itu satu kesalahan? Adakah jiran yang terjejas boleh mengambil tindakan undang-undang? ARTIKEL BERKAITAN: Kenali ciri-ciri orang liat bayar hutang... Kalau dapat ‘hidu’ awal, boleh elak satu masalah!Peguam, Nas Rahman menjelaskan, isu ini pernah dibawa ke mahkamah menerusi satu kes pada tahun 2011 yang menjadi rujukan penting dalam perbincangan hak privasi melibatkan CCTV.Menurut Nas, dalam kes tersebut seorang individu (plaintif) memfailkan tindakan undang-undang terhadap jirannya (defendan) kerana memasang beberapa unit CCTV di kawasan rumah, dan salah satu daripadanya menghala terus ke arah kediaman plaintif.Menurutnya, mahkamah meneliti dua persoalan utama:1. Adakah wujud private nuisance (kacau ganggu persendirian) dan adakah ia berjaya dibuktikan oleh plaintif?2. Adakah hak privasi plaintif telah dilanggar?"Mahkamah memutuskan walaupun benar terdapat sebuah CCTV yang menghala ke rumah plaintif, keadaan itu tidak memenuhi elemen kacau ganggu di bawah tuntutan sivil."Untuk berjaya dalam tindakan private nuisance, pihak yang mendakwa perlu membuktikan bahawa gangguan tersebut benar-benar menjejaskan keselesaan atau penggunaan hartanah mereka secara signifikan."Namun begitu, mahkamah mendapati tindakan tersebut tetap merupakan pelanggaran hak peribadi atau hak privasi plaintif."Sehubungan itu, mahkamah membenarkan tuntutan plaintif dan mengeluarkan perintah supaya CCTV berkenaan ditanggalkan," ujarnya.Perbincangan dan teguran secara berhemah adalah langkah awal yang boleh dilakukan untuk mencari penyelesaian. -Gambar hiasan AISementara tu, seorang lagi pengamal undang-undang, Adib Saat, turut berkongsi pandangan mengenai langkah yang boleh diambil sekiranya berdepan isu serupa.Menurut Adib, jika CCTV jiran jelas merakam pintu masuk atau ruang dalam rumah anda, ia boleh dianggap sebagai pencerobohan privasi.Antara tindakan awal yang boleh diambil:1. Tegur secara baikBincang secara berhemah dan minta jiran mengubah kedudukan kamera agar tidak menghala ke kawasan persendirian anda.2. Gunakan saluran rasmiJika teguran tidak diendahkan, boleh membuat aduan melalui saluran yang bersesuaian.3. Aduan kepada pihak berkuasaLaporan boleh dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau polis atas alasan gangguan dan pelanggaran privasi.4. Tindakan undang-undangDalam keadaan tertentu, tindakan sivil boleh diambil atas dasar gangguan, manakala tindakan jenayah pula boleh dipertimbangkan jika rakaman disalah guna.