suria

Lantai bersih, kepala tak comot! Ada rahsia cat siling cara pro, hanya modal payung buruk

Payung yang dipasang pada batang cat (roller) bertindak sebagai 'perisai'. -Gambar Threads @aqmnauniy

KIRA-KIRA dua minggu saja lagi, umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pastinya ketika ini ramai yang sudah mula membuat persiapan mencantikkan rumah agar daripada menukar perabot sehinggalah mengecat semula dinding dan siling agar tampak lebih segar menjelang hari raya.

Namun, kerja mengecat bukanlah sesuatu yang mudah.

Selain memenatkan, proses tersebut juga agak leceh kerana perlu melapik lantai dengan plastik atau surat khabar lama serta menutup perabot bagi mengelakkan percikan cat terkena permukaan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya jumpa cara betul nak celur bihun... Pasti tak putus atau hancur ketika masak

Dalam kesibukan orang ramai membuat persiapan, seorang lelaki yang menggunakan akaun @aqmnauniy tampil berkongsi kaedah inovatif bagi mengatasi masalah tersebut.

Menerusi satu hantaran di Threads, dia menunjukkan cara kreatif mengecat siling tanpa perlu risau cat menitik ke lantai atau terkena kepala.

"Kalau nak cat siling rumah boleh cuba tip ni... barulah cat tak merecik kena lantai dengan kepala," ujarnya ringkas.

Menurut perkongsian video tersebut, caranya cukup mudah dan tidak memerlukan kos tambahan yang tinggi.

Payung dipasang secara terbalik, kemudian bahagian kaki payung diikat atau dilekatkan bersama batang pengecat (roller). 

Dengan cara itu, payung berfungsi sebagai pelindung untuk menahan titisan cat daripada jatuh ke bawah.

Hasilnya, lantai kekal bersih dan kerja mengecat menjadi lebih kemas serta selesa.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya memuji idea berkenaan dan menyifatkannya sebagai tip berguna melakukan kerja mengecat sendiri di rumah.

Memang function habis! Selamat mencuba.

Artikel Lain