suria

Kumpul geng, daftar 10 percuma 1... Acara PERKESO Run & Ride 2026 tawar hadiah kereta untuk pemenang bertuah

Amalan hidup sihat kini semakin menjadi pilihan ramai.

TABIAT melepak bersama rakan-rakan sememangnya sudah sebati dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun jika diperhatikan pada hari ini, semakin ramai rakyat Malaysia memilih aktiviti sosial yang lebih sihat.

Malah, ramai sebenarnya yang semakin sedar bahawa kesihatan adalah pelaburan jangka panjang, sekali gus membuatkan mereka lebih cenderung memilih pencegahan berbanding rawatan.

Sebagai contoh, pergerakan fizikal yang konsisten adalah benteng utama untuk melawan penyakit gaya hidup seperti hipertensi dan diabetes.

Norlela Ismail, 52, membawa pulang hadiah utama Perodua Bezza sewaktu PERKESO Run And Ride tahun lalu, mungkin tahun ini anda pula yang akan menjadi pemenang bertuah.

Norlela Ismail, 52, membawa pulang hadiah utama Perodua Bezza sewaktu PERKESO Run And Ride tahun lalu, mungkin tahun ini anda pula yang akan menjadi pemenang bertuah.

Maka tidak hairanlah jika trend 'social wellness' semakin diminati ramai dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini.

Lebih menyeronokkan, aktiviti bersenam seperti larian dan berbasikal juga boleh dilakukan secara berkumpulan.

Ia sememangnya lebih efektif untuk kesihatan mental dan mengekalkan motivasi berbanding aktiviti bersenam secara sendirian.

Di sinilah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turut tampil,  memainkan peranan aktif dalam memupuk budaya kesihatan pencegahan demi rakyat yang sihat dan produktif.

Menurut PERKESO, perlindungan keselamatan sosial yang sebenar bermula dengan tubuh badan yang sihat dan produktif.

Bagi menggalakkan lagi gaya hidup sihat ini, orang ramai dialu-alukan untuk menyertai PERKESO Run & Ride 2026 sebagai langkah pertama memulakan gaya hidup sihat.

Acara tahunan yang penuh meriah ini kembali lagi untuk edisi 2026 dan bakal diadakan pada 17 Mei depan, bertempat di Dataran Wawasan, Putrajaya.

Ia mempertaruhkan kategori larian 3KM, 6KM dan 12KM serta kayuhan 35KM.

PERKESO Run & Ride 2026 akan diadakan pada 17 Mei.

PERKESO Run & Ride 2026 akan diadakan pada 17 Mei.

Malah, orang ramai juga boleh mengumpul geng bagi mendapatkan penyertaan percuma menerusi promo "Daftar 10, Percuma 1."

Selain berseronok sambil menjaga kesihatan, peserta juga berpeluang membawa pulang hadiah utama termasuk sebuah kereta .

Daftar sekarang di runandride.perkeso.gov.my. dan jadikan PERKESO Run & Ride 2026 permulaan baharu gaya hidup sihat anda.

 

Artikel Lain