PASTI ada di antara kita yang pernah mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa meminjam wang daripada adik-beradik mahupun rakan taulan.Keadaan yang berlaku itu membuatkan ramai menghulurkan tangan untuk membantu sehingga wujud golongan yang gemar mengambil kesempatan. Sikap tidak amanah tersebut membuatkan hati pemberi mula bolak-balik, daripada rasa ikhlas terus menjadi terkilan dan kecewa.Menurut pendakwah bebas Ustaz Elyas Ismail, terdapat beberapa red flag yang boleh dilihat sekiranya peminjam akan membayar semula wang mengikut perjanjian atau terus 'ghaib'."Tak perlulah berhutang pada perkara yang tidak sepatutnya atau benda yang bukan keperluan," jelasnya.Tambah beliau, Nabi Muhammad saw berpesan: Siapa-siapa yang mengambil harta orang sama ada meminjam atau berhutang dan kemudiannya dia bersungguh untuk membayar balik, Allah akan memudahkan urusannya, menunaikan usahanya. Tetapi kalau ada orang yang berhutang dalam keadaan tiada niat untuk membayar, Allah akan membinasakan dia. [Riwayat Imam al-Bukhori]Ustaz Elyas Ismail berkongsi ilmu tentang sikap peminjam.Ini tiga tanda-tanda yang mungkin jadi petunjuk si peminjam memang tak berniat nak pulangkan semula duit.1. Peminjam sering berbohongSedar atau tidak, mereka yang gemar berhutang akan bercakap bohong bagi mencapai matlamat.Malah ada yang tergamak menyatakan ayahnya sakit dan memerlukan duit untuk membiayai kos rawatan atau untuk kegunaan anak dan isteri.Berdasarkan penceritaan, merekalah yang paling derita dan banyak masalah, walhal itu semua kisah dongeng untuk meminta simpati.2. Setiap janji tidak dipenuhiKebiasaannya, individu yang meminjam akan memberikan tempoh masa untuk dia memulangkan semula duit.Ketika itu, pelbagai janji manis ditaburkan supaya mereka memperoleh duit yang dihajati.Namun malangnya, tempoh masa yang dijanjikan itu dimungkiri oleh peminjam sendiri dengan pelbagai alasan tambahan.Menurut Ustaz Elyas, orang yang meminjam sepatutnya mempunyai kesungguhan dan keazaman untuk melunaskannya semula.3. Mengelak dari terserempakTidak dinafikan golongan ini akan cuba melarikan diri daripada bertemu atau terserempak dengan orang yang meminjamkan wang kepadanya.Ada yang sanggup mengambil jalan jauh supaya dia tidak bertembung dan dipersoalkan tentang pinjaman yang dibuat.