suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Risau pokok mati masa balik kampung? Cuba ‘hack’ mudah ni, modal tak sampai RM1 tanaman tetap segar

Kaedah bekukan air dapat memastikan tanaman kekal segar dan tidak mati kekeringan.

MEREKA yang gemar bercucuk tanam pasti berasa runsing apabila ingin meninggalkan tanaman untuk tempoh yang lama.

Maklumlah, tanaman perlu disiram secara berjadual bagi mengelakkannya mati dan kekeringan.

Bagi anda yang merancang untuk meninggalkan tanaman dalam tempoh yang lama, bolehlah mencuba kaedah yang dikongsikan laman TikTok Secubit Tanah ini.

Caranya memang begitu mudah dan murah, modal hanyalah plastik dan getah.

Cara-caranya

1. Isi plastik sehingga penuh dengan air dan ikat dengan getah.

2. Bekukannya di dalam peti ais.

3. Apabila beku, tebuk beberapa lubang pada bahagian plastik supaya air akan mengalir.

4. Kemudian letakkan di dalam pasu atau kawasan tanaman.

Artikel Lain