suria

Cuti raya dah lulus tapi bajet pula kurang! Anda tetap jadi anak kesayangan, kirim je 'kasih sayang' walau jauh beratus kilometer

Hadiah boleh dihantar sebagai tanda ingatan dan kasih sayang pada keluarga. -Gambar hiasan AI

CUTI sudah lulus tapi komitmen kerja pula yang membuatkan hubungan kekeluargaan semakin renggang!

Kedinginan semakin terasa apabila ibu bapa mula mengajukan pertanyaan 'bila nak balik kampung?' untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semakin menghampiri.

Tekanan yang dialami membuatkan notis pemberitahuan sembang kumpulan tidak dibaca sehingga mencecah lebih 99 mesej.

Anda tak perlu berkecil hati, cuba hantar hamper atau stok kuih raya untuk ibu dan ayah di kampung halaman sebagai pengganti diri.

Menerusi Lalamove, penghantaran jarak jauh merentasi seluruh Malaysia dapat diselesaikan, kiriman 'kasih sayang' tetap boleh sampai ke depan pintu rumah.

Meskipun mengalami kekangan bajet, anda tetap kelihatan pemurah dan 'bersama' keluarga.

Bukan sahaja makanan tradisional, baju raya dan hadiah untuk ibu ayah di kampung, malah pakej penjagaan dan barangan dapur juga boleh dihantar dengan mudah menggunakan Lalamove.

Sekurang-kurangnya kuih raya atau hamper yang sampai depan pintu rumah sudah cukup menjadi tanda ingatan walaupun diri tidak dapat pulang beraya.

Apa yang menarik, Lalamove menawarkan pelbagai jenis kenderaan mengikut saiz dan keperluan penghantaran.

Nak hantar kotak hadiah atau juadah berbuka puasa, motosikal atau kereta kecil pun sudah memadai.

Bagi hamper besar dan koleksi kuih raya pula sesuai menggunakan 4x4 pikap atau van.

Lalamove mengeratkan yang jauh

Lalamove mengeratkan yang jauh.

Tapi kalau nak terus ‘naik pangkat’ jadi anak paling disayangi pada tahun ini, lori sesuai untuk penghantaran pukal termasuk perabot dan barangan besar.

Walaupun tak berpeluang pulang, usaha kecil seperti ini tetap boleh membuatkan ibu ayah rasa dihargai.

Lebih istimewa, kempen kali ini turut menampilkan video muzik dwi-perayaan yang julung kali diperkenalkan, Inilah Rezeki Ramadan.

Lagu Tahun Baharu Cina diberi nafas baharu sempena Ramadan, meraikan dua perayaan besar yang jatuh serentak pada Februari 2026 sebagai simbol keharmonian masyarakat Malaysia.

Sempena Ramadan ini, gunakan kod LAREZEKI untuk menikmati diskaun sehingga 30 peratus sehingga 11 Mac 2026.

Jimat kos, kurang stres dan yang paling penting, anda tetap nampak paling ‘berusaha’ di mata keluarga!

Artikel Lain