suria

Bau lobi hotel 5 bintang, air rebusan 4 bahan ini rahsia rumah wangi... Sembur dekat sofa pun boleh!

Bahan dapur terkenal dengan manfaat yang tersendiri termasuk mengharumkan rumah.

SEJAK kebelakangan ini banyak seller di media sosial menjual pewangi rumah yang diinspirasikan lobi hotel bertaraf lima bintang.

Tapi harganya pula memang mahal sepadan dengan baunya yang mewah.

Bagi yang mencari jalan mudah untuk mewangikan seluruh ruang tamu dan bilik tidur, bolehlah mencuba gabungan empat bahan dapur yang dikongsikan Farrah Hud di TikTok.

Selain memberi keselesaan, anda juga akan berasa lebih segar dengan aroma wangi vanila dan pandan.

Paling penting, bau kekal lama seperti memasuki ruang lobi hotel lima bintang.

Alang-alang nak sambut raya tidak lama lagi, boleh cuba. Barulah tak malu rumah berbau busuk dengan tetamu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah perlu harum segenap ruang... DIY saja pewangi guna 2 bahan ringkas untuk jimat wang

Bahan-bahan

1. 2 sudu besar esen vanila

2. Kulit kayu manis

3. Cengkih 

4. Pandan 

5. 250ml air

Cara penyediaan

1. Gabungkan kesemua bahan tadi di dalam periuk berisi air dan rebus sehingga mendidih.

2. Ketika masih panas, tuangkan ke dalam bekas kaca dan letakkan di ruang tamu supaya asap dan wap wangian memenuhi kawasan.

3. Air rebusan yang sejuk boleh dimasukkan ke dalam botol semburan dan disembur ke sofa mahupun langsir.

4. Boleh juga ditambahkan dengan hirisan lemon supaya lebih harum.

Artikel Lain