suria
mStar - Urban.Versatil

Lega sangat, tak perlu beli baharu... Lelaki ini ajar cara baik pulih penyapu plastik PVC, hasilnya boleh tahan!

Lelaki ini berkongsi kaedah baik pulih penyapu plastik PVC yang rosak.

KEBANYAKAN suri rumah lebih gemar menggunakan penyapu jenis plastik PVC untuk membersihkan lantai kediaman.

Bukan sahaja tahan lasak dan murah, ia juga tidak mudah tertanggal seperti penyapu jerami.

Walau bagaimanapun, penggunaan yang kerap akan menyebabkan ia mudah rosak dan kembang.

Jangan buang dulu, penyapu plastik yang sudah kembang dan penuh kotoran boleh 'diperbaharui' seperti dilakukan Dedik Yuliawan.

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook, penyapu tersebut kelihatan baru dan kembali berfungsi dengan baik.

Sikat penyapu plastik PVC supaya tiada kotoran yang melekat.

Sikat penyapu plastik PVC supaya tiada kotoran yang melekat.

Berikut cara yang dilakukannya:

1. Asingkan bahagian penyapu plastik dengan batangnya.

2. Masak 2 liter air sehingga mendidih.

3. Kemudian rendamkan penyapu ke dalam air mendidih tadi selama satu jam.

4. Apabila air menjadi sejuk, bersihkan bahagian kotoran menggunakan sikat.

5. Selepas bersih, keringkan menggunakan pengering rambut atau kipas sambil menyikatnya sekali lagi.

6. Penyapu plastik PVC kelihatan seperti baru dan boleh digunakan semula.

Artikel Lain

Abang Mimi Lana meninggal dunia