SITUASI cemas dan panik selepas mengalami kemalangan membuatkan ramai terperangkap dalam taktik licik penunda kereta atau towing seterusnya mengabaikan prosedur sepatutnya.Lebih menambah rasa sedih apabila mangsa terpaksa menanggung caj melampau dan kenderaan dihantar ke bengkel yang tidak sah sehingga menyukarkan proses tuntutan insurans. Bimbang situasi tersebut berlaku kepada pengguna jalan raya yang lain, pengguna Instagram, @rul.zmi berkongsi langkah perlu dilakukan sekiranya terlibat dalam kemalangan.Bagi mengelakkan anda menjadi mangsa seterusnya, ini tujuh tindakan yang perlu dilakukan.1. Hubungi syarikat insurans terusJangan sesekali menghubungi mana-mana nombor towing yang anda jumpa di tepi jalan atau diberikan oleh orang asing. Pastikan nombor tuntutan insurans anda sentiasa disimpan dalam telefon.2. Tolak bantuan 'palsu'Jangan terima tawaran mana-mana individu yang acah-acah prihatin dan mahu membantu memanggilkan towing untuk anda. Biasanya, mereka ini mempunyai kepentingan tertentu seperti menerima komisen tersembunyi.Paling penting, jangan gelojoh menerima tawaran towing walaupun trak tunda sudah terpacak di depan mata. Pastikan anda mendapat pengesahan daripada pihak insurans terlebih dahulu sama ada itu adalah ejen rasmi mereka atau pun 'ulat'.Gunakan insurans bagi memperoleh trak tunda percuma mengikut polisi yang telah dicarum. -Gambar hiasan 3. Gunakan servis percumaPerkhidmatan towing daripada pihak insurans adalah percuma (mengikut polisi anda). Jadi, kenapa perlu bayar beratus-ratus ringgit kepada pihak ketiga yang berkemungkinan tinggi menipu anda?4. Patuhi arahan operatorApabila membuat panggilan kecemasan kepada syarikat insurans, ikut setiap arahan yang diberikan oleh operator di talian dengan teliti. Mereka akan memberikan butiran lanjut mengenai bantuan yang bakal tiba.5. Jangan takut dengan ugutanAda sesetengah pihak towing tidak bertauliah akan cuba berkeras atau mengeluarkan kata-kata ugutan untuk memaksa anda menggunakan khidmat mereka. Jangan gentar, teruskan berhubung dengan pihak insurans atau hubungi polis jika keadaan semakin tegang.ARTIKEL BERKAITAN: Brek tiba-tiba tak berfungsi memang buat cemas, ada teknik selamat elak impak kemalangan lebih dahsyat6. Hantar ke bengkel panel sahajaPastikan kereta anda dihantar ke bengkel panel rasmi yang ditetapkan oleh pihak insurans sahaja.Ini bagi memudahkan urusan tuntutan (claim) dan menjamin kualiti pembaikan kenderaan anda.Sekiranya menggunakan 'ulat' towing, kenderaan anda mungkin dihantar ke bengkel tidak sah seterusnya menyukarkan tuntutan insurans dilakukan.7. Wajib buat laporan polisSelepas urusan kenderaan selesai, pastikan anda segera membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam untuk urusan dokumentasi dan tindakan lanjut.