Tuan rumah atau premis boleh disabitkan kesalahan jika penyewanya menjalankan kegiatan memproses dadah. -Gambar hiasan AI
KENYATAAN Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan, mengenai tindakan tegas terhadap pemilik bangunan atau kediaman yang menyewakan premis kepada sindiket dadah mengundang pelbagai reaksi masyarakat.Pernah mengalami situasi tersebut, seorang wanita berkongsi pengalaman pahit mengenai kediamannya pernah diserbu polis selepas didakwa terlibat dalam kegiatan jenayah yang dilakukan penyewa biliknya. Menurutnya, susulan sabitan kes tersebut, bapanya terpaksa melalui proses mahkamah selama hampir dua tahun walaupun mengakui tidak mengetahui kegiatan sebenar penyewa terbabit."Kami sewakan bilik pada wanita asal Filipina dan dia menyewa hampir lima tahun."Sepanjang tempoh tu memang okay sebab dia janda yang datang Sabah untuk bekerja sebagai maid."Suatu hari dia maklumkan yang dia dah berkahwin dan suami baru tu akan tinggal bersama dalam bilik dia," ujarnya di Thread.Pemilik rumah perlu sentiasa mengambil tahu perihal penyewanya bagi mengelakkan kegiatan jenayah berlaku di premis mereka. -Gambar hiasan AIMasalah mula berlaku apabila penyewanya terpaksa pulang ke negara asal kerana ingin memperbaharui visa pekerja.Namun dalam tempoh kira-kira enam minggu itu, penyewanya telah menjelaskan bayaran sewa selama dua bulan."Jadi tinggal suami dia sahaja dalam bilik tu. Lelaki tu bawa geng dia masuk bilik sewa secara sembunyi-sembunyi."Mereka datang tengah malam dan jadikan bilik sebagai port ambil barang sehinggalah rumah kami kena serbu dengan polis," luahnya sambil menyatakan rumahnya adalah jenis kediaman dua tingkat.Serbuan berlaku di bahagian bawah rumah iaitu ruang bilik yang disewakan kepada beberapa individu.Menurut wanita ini, ruang bawah rumahnya mempunyai empat buah bilik yang disewakan manakala bahagian atas dihuni olehnya sekeluarga.Malah katanya, tangga untuk ke rumahnya hanya berada di bahagian luar sekali gus tidak mengganggu penyewa yang lain."Walaupun tidak terlibat, kami turut terkena dan pemilik (ayah) didenda sebanyak RM10,000 selepas dua tahun turun naik mahkamah."Kami dituduh bersekongkol dan akhirnya penyewa lain keluar sebab tak mahu terlibat termasuk isteri lelaki yang ditahan bersabit dadah," tambahnya yang trauma menyewakan rumah kepada warga asing.Peralatan yang digunakan untuk menghasilkan dadah dirampas dalam serbuan di Kajang, Selangor pada 26 Disember tahun lalu.Sebagai pemilik premis atau rumah yang menyewakan kediaman, ini perkara yang perlu anda tahu.1. Pemilik bangunan atau kediaman yang didapati bersubahat dengan sindiket dadah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 31 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.2. Kesalahan bersubahat ini boleh membawa kepada hukuman penjara, denda, atau kedua-duanya sekali.3. Kebanyakan sindiket dikesan menjadikan premis kediaman, pejabat dan kilang sebagai lokasi memproses dadah.4. Menggunakan ejen hartanah atau pengendali lapis kedua untuk urusan sewaan bagi melindungi identiti sebenar.5. Menyamar sebagai perniagaan sah seperti kedai cuci kereta, kedai elektrik atau pusat pengeluaran makanan.6. Memilih lokasi strategik berhampiran jalan utama untuk memudahkan pergerakan bahan mentah dan produk siap.7. Menggunakan bunyi mesin, bahan kimia dan penggunaan elektrik yang tinggi bagi memberikan gambaran kononnya premis sedang menjalankan aktiviti perniagaan.