suria
mStar - Urban.Versatil

Hajat berbuka puasa percuma terbantut, semuanya gara-gara mulut lancang isteri AJK surau... Siap kena pulau!

Aktiviti berbuka puasa di surau atau masjid merupakan satu kebiasaan di Malaysia. -Gambar hiasan AI

BERBUKA puasa di masjid atau surau menjadi antara tradisi yang sentiasa dinanti-nantikan setiap kali Ramadan menjelma.

Keseronokan dan keberkatan menjamah hidangan berbuka puasa turut dapat mengeratkan silaturahim bersama jemaah lain. 

Di Thread, seorang wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika berbuka puasa di sebuah surau berdekatan kediamannya.

"Teringat kisah lama berbuka puasa di surau berdekatan rumah. Masa tu baru je berpindah. Masa duduk lepas ambil makanan, ada seorang makcik 'sound' aku.

United in prayer: Muslim taking part in evening mass prayers known as ‘Terawih’ to welcome the holy fasting month of Ramadan at the The National Mosquein Kuala Lumpur. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Setiap jemaah perlu menjaga tingkah laku dan tutur kata ketika berada di rumah Allah. -Gambar hiasan

"Dia kata tak pernah nampak aku, tiga kali dia ulang dengan nada seperti pembesar suara. Aku masa tu panik juga. Aku jelaskan yang aku baru pindah sini.

"Lepas tu geng makcik tu pulau aku. Rupanya suami dia ahli jawatankuasa (AJK) surau tu. Menakutkan betul walaupun semua tudung labuh. Rasa tak dialu-alukan," kongsinya.

Perkongsian wanita itu turut dihujani dengan pelbagai komen, malah beberapa individu mendakwa mereka juga pernah berdepan situasi sama.

  • Wanita tular selepas kongsi pengalaman berbuka puasa di sebuah surau.
  • Wanita itu disoal seorang individu kerana wajahnya yang masih asing.
  • Dia mendakwa turut dipulaukan jemaah wanita yang sudah lama menetap di kawasan itu.
  • Netizen beri nasihat di ruangan komen agar wanita itu tidak putus semangat untuk ke rumah Allah.

"Dulu moreh di surau dekat rumah. Ada makcik kata tak pernah nampak saya. Saya beritahu lokasi rumah, memang dalam taman yang sama. Terus dia senyap.

"Kalau jarang pergi masjid, mesti ada yang 'berbunyi' bila nampak kita. Saya dah kena. Jadi saya tak pergi dah.

"Aku pun pernah kena pulau dengan makcik-makcik. Aku lagi suka. Jadi aku tak perlulah sembang dengan mereka," tulis beberapa individu.

ARTIKEL BERKAITAN: Elak habis beratus ringgit di bazar, individu saran iftar di masjid! Jangan malu, makanan infaq sentiasa cukup

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu penat masak, rakan ofis tergamak buang makanan disedekah untuk iftar... Beri alasan tak logik!

Netizen turut menasihat wanita itu agar tidak ambil pusing dengan apa yang berlaku dan terus bersemangat untuk mengimarahkan rumah Allah.

"Pergi je. Biasa duit orang ramai yang digunakan untuk makanan tu. Kalau diperli, tanya balik, juadah tu pakai duit dia ke?

"Jangan kita jauh dari rumah Allah kerana sikap toksik manusia. Masjid, surau adalah untuk semua orang. Kita semua dialu-alukan," pesan netizen lagi.

Artikel Lain