Tidak semua orang sanggup memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa di kampung dan menyerahkan tugas kepada adik beradik lain. -Gambar hiasan AI
BAGI sesetengah individu, memiliki anak yang ramai dianggap sebagai 'pelaburan' untuk hari tua dengan harapan ada yang menjaga mereka apabila uzur kelak.Namun realitinya tidak semuanya indah seperti dibayangkan, sebagaimana kisah dikongsikan individu ini. Menurutnya yang merupakan anak bongsu daripada lapan beradik, dia menjadi satu-satunya individu yang memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa ketika mereka sakit.ARTIKEL BERKAITAN: Kakak sulung reda membujang sampai tua, pikul amanah jaga adik hidap masalah mentalARTIKEL BERKAITAN: Hanya kerana sebiji telur, anak terasa hati bertahun-tahun... Sedih ibu tak jaga perasaan walaupun bagi duit belanja setiap bulan"Tadi ada terlalu satu Threads ni, dia kata kalau anak kita ada dua orang cukup ke? Tentu ke mereka jaga kita apabila tua nanti?"Saya ada lapan beradik, mak saya kanser tahap empat dan terbaring saja. Abah pula kencing manis teruk, kena check-up setiap bulan dan kena makan ubat cair darah."Tapi dalam lapan beradik ni, semua tak mahu jaga. Tolak dekat bongsu atas alasan mak jaga anak yang bongsu, jadinya yang bongsu tu kena balas jasa mak," tulisnya dalam perkongsian di Threads.Dakwanya lagi, bukan sahaja perlu menguruskan makan minum dan kebajikan ibu bapa, malah segala kos rawatan mereka hampir terpaksa ditanggung sendiri.Perebutan harta pusaka antara adik beradik akhirnya boleh memutuskan silaturahim. -Gambar hiasan AI"Duit tak bagi ya. 100 peratus kena bongsu jaga dan keluarkan duit. Kalau bagi duit pun, siap 'haramkan' bongsu makan... duit khas untuk mak abah je katanya," tulisnya.Lebih mengecewakan, selepas kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia, timbul pula isu perebutan harta dalam kalangan adik-beradik yang sebelum ini 'lepas tangan' dalam menjaga kebajikan ibu bapa."Kesian mak abah dekat sana, mesti tak tenang tengok anak-anak bergaduh. Yang bongsu senyap tak ambil hal pun mereka masih sakit hati "Memang tak boleh lupa apa yang mereka dah buat. Entahlah, nak berbaik rasa no point. Jadi, anak ramai atau sikit, jangan harapkan anak-anak jaga kita ya... tolong menyimpan," luahnya lagi.Anak bongsu daripada lapan beradik berkongsi kisah pahit menjaga ibu bapa yang sakit seorang diri.Ibunya menghidap kanser tahap empat, manakala bapanya mengalami diabetes serius.Adik-beradik lain menyerahkan tanggungjawab kepadanya termasuk kos rawatan dan perbelanjaan.Selepas ibu bapa meninggal dunia, timbul pula isu perebutan harta.Netizen bersetuju ibu bapa perlu membuat simpanan sendiri tanpa terlalu bergantung kepada anak-anak.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang dilaluinya.Ada yang menyifatkan situasi tersebut sebagai realiti pahit dalam sesetengah keluarga apabila tanggungjawab menjaga ibu bapa sering diletakkan di bahu seorang anak. Dalam masa sama, ramai bersetuju dengan pandangannya agar ibu bapa membuat perancangan kewangan sendiri tanpa terlalu bergantung harap kepada anak-anak, meskipun memiliki zuriat yang ramai.