SETIAP orang mempunyai teknik menyimpan tersendiri, sama ada menabung duit lebihan mahupun menetapkan jumlah tertentu setiap bulan.Bagi kaum Cina, mereka sering kali dikaitkan dengan bijak menguruskan kewangan dan kaya sehingga ramai tertanya-tanya rahsia mereka menguruskan simpanan. Seperti dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Lowsokying di TikTok mendedahkan kaum Cina telah dididik mengenai keperluan mempunyai 'wang kecemasan' sejak kecil. "Masa saya mula kerja, gaji hanyalah RM800 sebulan, jadi setiap hari saya makan roti."Pergi kerja pula dengan menaiki bas supaya duit gaji boleh bertahan sehingga hujung bulan," ujarnya berkongsi cara yang dilakukan untuk menabung.Mengakui dirinya tidak meminjam wang, ujar Lowsokying lagi, dia akan memastikan sejumlah wang akan disimpan setiap bulan."Walaupun gaji kecil, saya tetap simpan RM100 sebulan," tambahnnya.Malah dia menyatakan sepanjang tempoh tersebut, dirinya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti hiburan kerana ingin memastikan simpanan kecemasan kekal ada.