suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita buktikan RM150 cukup untuk beli barang dapur sebulan, 2 orang makan! Ini strategi, perinciannya

Pembelian di pasar malam adalah lebih jimat bagi sesetengah barang keperluan. -Gambar hiasan AI

PERCAYA atau tidak, nilai RM150 sebenarnya sudah mencukupi untuk pembelian pelbagai jenis bahan mentah dan keperluan dapur bagi dua individu dalam tempoh sebulan.

Seorang individu malah membuktikan jumlah tersebut masih mempunyai baki yang boleh dimasukkan ke dalam tabung perbelanjaan dapur bulan seterusnya.

Bukan sahaja berkongsi strategi perbelanjaan yang diamalkan, pengguna Thread @ainzulaikhaaaa turut memperincikan setiap bahan mentah yang dibeli.

Baginya, lokasi pembelian perlu tepat supaya dapat mempelbagaikan jenis masakan setiap hari.

1. Di pasar raya

Wanita ini mengamalkan pembelian barang kawalan di pasar raya kerana kebiasaannya harga sudah ditetapkan.

Setiap bulan dia akan membeli dua ekor ayam yang berharga sekitar RM30, bagaimanapun harga mungkin berubah mengikut berat.

Telur ayam gred B atau gred C juga akan dibeli di pasar raya kerana harga yang ditawarkan masih dalam lingkungan RM13.

Bagi tempoh satu bulan, dia akan membeli dua papan telur dengan jumlah keseluruhan RM26.

2. Di pasar malam

Golongan ibu pasti akan memilih bahan mentah dari pasar malam kerana dianggap lebih segar serta baharu.

Paling penting, anda dapat membeli pelbagai pilihan sayuran mahupun makanan laut dengan harga yang berpatutan.

Menurut Ain Zulaikha, dia boleh mendapatkan enam pinggan sayur pelbagai jenis pada harga RM10 manakala ikan pula RM5 sepinggan.

Harga yang sama turut diperoleh bagi sotong, udang dan siput.

3. Kedai runcit

Beras dan bawang boleh dibeli di kedai runcit kerana dijual dalam kuantiti yang sedikit dan sesuai digunakan untuk tempoh sebulan.

Artikel Lain