suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kau bagi dia peluang manipulate lagi!” - Jangan gatal tangan ‘DM’ merayu dekat scammer, ikut 3 langkah ini elak rugi berlipat ganda

Menjadi mangsa penipuan kewangan khususnya di dalam talian adalah mimpi ngeri bagi mana-mana individu yang terlibat. -Gambar hiasan

KEHILANGAN wang akibat kegiatan penipuan kewangan khususnya di platform dalam talian pasti menjadi pengalaman yang cukup perit untuk ditelan walau sebesar mana pun nilainya.

Dalam keadaan cemas dan panik selepas menyedari diri ditipu, perkara pertama yang kerap berlegar dalam fikiran mangsa pastinya tentang bagaimana cara untuk mendapatkan semula wang.

Namun, situasi keliru dan tertekan itu sering kali membuatkan ramai tersilap langkah, sekali gus menyulitkan lagi keadaan sedia ada.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, akaun borakcybe menegaskan bahawa adalah sangat penting untuk seseorang tidak bertindak terburu-buru sebaik sahaja menyedari menjadi mangsa penipuan.

"Dah sedar kena scam? Jangan terus fikir... macam mana aku nak dapatkan duit balik?

"Ada beberapa benda lain yang kau patut buat sebelum terlambat," katanya memberi pesanan.

Berikut adalah tiga langkah penting yang boleh dijadikan panduan sekiranya mula sedar diri menjadi mangsa penipuan:

1. Simpan bukti

Perkara utama perlu dilakukan adalah dengan menyimpan semua bukti termasuk tangkap layar perbualan, nombor telefon, username link, link, resit transaksi dan akaun penerima.

Jangan sesekali memadamkan maklumat penting tersebut disebabkan rasa malu atau geram.

2. Segera hubungi pihak bank

Tindakan kedua perlu dilakukan adalah dengan segera menghubungi pihak bank. Tidak perlu tunggu hingga keesokan hari.

Pada masa sama, mangsa juga tidak seharusnya terus membuat kesimpulan bahawa duit terbabit sudah lesap.

3. Jangan sekali-kali berunding dengan scammer

Seterusnya, mangsa juga dinasihatkan supaya jangan sekali-kali cuba berunding dengan pihak scammer untuk mendapatkan kembali wang yang hilang.

Tindakan ini lazimnya tidak akan membuahkan hasil positif malah berpotensi memburukkan lagi keadaan.

"Jangan cuba negotiate dengan scammer. Biasanya benda ni tak selesaikan masalah. Malah kau mungkin bagi dia peluang untuk manipulate kau lagi," tulisnya.

Pada masa sama, orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya kepada mana-mana individu atau perkhidmatan di media sosial yang mendakwa boleh membantu mendapatkan kembali wang yang hilang.

Tawaran sedemikian kebiasaannya merupakan perangkap penipuan gelombang kedua.

Mengulas lanjut, pemilik akaun berkenaan menekankan bahawa keutamaan sewaktu ditipu adalah mengehadkan kerosakan yang berlaku serta membuang rasa malu agar tindakan undang-undang dan pencegahan dapat diambil dengan pantas.

 

Artikel Lain