suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak buat apa-apa pesanan, lelaki pelik ‘rider’ gantung beg plastik di pagar rumah... Terkejut rupanya ada janin!

Bungkusan janin yang digantung di pagar rumah seorang lelaki.

SEORANG lelaki berdepan detik cemas dan mengejutkan apabila menemukan sisa janin yang dipercayai berusia tiga hingga empat bulan di dalam bekas makanan plastik di hadapan rumahnya di Bangkok, Thailand.

Kejadian menjadi semakin misteri apabila beg plastik putih yang mengandungi bekas berkenaan rupa-rupanya dihantar oleh seorang penghantar makanan.

Katanya pesanan itu khas untuk pemilik rumah berkenaan.

Situasi yang berlaku itu membuatkan dia menghubungi pihak berkuasa sekitar pukul 11 malam, Ahad.

Polis dari Balai Polis Bang Sao Thong kemudian bergegas ke sebuah rumah di Soi Bang Waek 46, daerah Phasi Charoen, bersama anggota forensik, pakar perubatan forensik dari Hospital Siriraj dan pasukan penyelamat.

Pemeriksaan di lokasi menemukan beg plastik putih yang tergantung pada pagar rumah, manakala sebuah bekas makanan plastik bertutup ditemukan di dalamnya.

Sisa janin berkenaan dipercayai dibalut dengan kain berwarna biru sebelum dimasukkan ke dalam bekas itu.

Pemilik rumah yang dikenali sebagai Bank berkata, seorang penghantar makanan datang ke kediamannya pada hari kejadian dan menggantung beg plastik berkenaan pada pagar sambil mendakwa terdapat pesanan makanan untuknya.

Bagaimanapun, lelaki itu berasa pelik kerana tidak pernah membuat sebarang pesanan, lalu membiarkan beg tersebut tanpa memeriksa kandungannya.

Dia hanya mengetahui perkara sebenar selepas polis tiba dan memaklumkan terdapat laporan mengenai sisa janin yang ditinggalkan di hadapan rumahnya.

Bank kemudian mengesyaki bekas kekasihnya yang berusia kira-kira 36 tahun mungkin mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

Menurutnya, mereka pernah menjalin hubungan selama empat hingga lima tahun sebelum berpisah kira-kira enam hingga tujuh bulan lalu.

Mereka turut mempunyai seorang anak berusia sekitar 18 bulan.

Lelaki itu mendakwa bekas pasangannya datang mengambil anak mereka pada Ahad seperti kebiasaan, sebelum kejadian penemuan tersebut dilaporkan.

Dia turut memberitahu polis bahawa bekas makanan berkenaan pernah disimpannya di rumah sebelum diberikan kepada wanita itu kira-kira empat hingga lima hari sebelumnya.

Bank juga mendakwa mengetahui bekas pasangannya pernah mengalami keguguran, namun tidak pasti identiti bapa kepada kandungan berkenaan.

Bagaimanapun, dakwaan lelaki itu masih belum membuktikan penglibatan wanita terbabit dalam kejadian berkenaan. -Agensi

Artikel Lain