Setiap individu yang memandu wajib mempunyai lesen yang sah bagi menjamin keselamatan di jalan raya. -Gambar hiasan AI
MEMILIKI lesen memandu merupakan satu keperluan penting, lebih-lebih lagi bagi seorang lelaki yang sudah bergelar suami dan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Selain memudahkan urusan harian, lesen juga penting bagi memastikan pematuhan undang-undang di atas jalan raya, apatah lagi apabila perlu menguruskan keperluan isteri dan anak-anak. Namun, lain pula kisah seorang wanita ini yang berdepan dilema apabila suaminya berulang kali menangguhkan hasrat untuk mengambil lesen memandu, meskipun sudah berkali-kali diminta berbuat demikian."Logik ke saya nak bermasam muka dan buat suami terasa apabila tak bagi dia bawa kereta saya sebab dia tak ada lesen?"Kalau jadi apa-apa nanti payah. Lesen tu wajib. Memanglah dia boleh memandu tapi tak ada lesen. Kereta pula atas nama saya dan saya punya,” luahnya.Lesen memandu penting untuk memudahkan urusan harian seperti pergi ke tempat kerja, sekolah dan membeli barang keperluan. -Gambar hiasanWanita itu mendakwa setiap kali isu lesen dibangkitkan, suaminya sering mengelak dan memberikan jawapan yang sama."Apabila bercakap pasal lesen, dia kata nanti... nanti. Apabila keluar, sibuk nak memandu. Apabila saya tak bagi dan saya memandu, dia kena pegang anak, tak reti pula nak pujuk anak bagi diam."Saya pun pelik masa bujang kenapa tak buat dulu lesen. Tak ada kereta atau motosikal sekalipun tak apa, lesen tu buat untuk kesenangan keluarga," luahnya di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: “Stres hidup dengan orang busuk!” - Isteri dedah tabiat pengotor suami malas mandi, bau kepam menusuk sampai luar rumahARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan keluar kerja, rupanya melepak! Tembelang suami rider pecah selepas isteri periksa telefon - “Kau ingat aku bodoh ke?”Tambah wanita berkenaan lagi, dia bukan mahu mendoakan perkara yang buruk berlaku namun tetap berpendirian bahawa seseorang lelaki yang bergelar suami wajar mempunyai lesen memandu demi kebaikan dan kemudahan keluarga."Kita ni ada undang-undang, tu yang takut nak bagi dia bawa. Risau apa-apa jadi, apa pun tak boleh buat. Serba salah pula jadinya. Logik ke saya marah atau benda remeh je?" soalnya.Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila suaminya sering menangguhkan hasrat mengambil lesen memandu.Wanita itu melarang suaminya memandu kereta miliknya kerana bimbang risiko memandu tanpa lesen yang sah.Suaminya sering mengelak setiap kali isu lesen dibangkitkan.Wanita itu berpendapat lesen memandu penting untuk memudahkan urusan keluarga.Netizen menyokong tindakannya dan berpendapat isu itu bukan perkara remeh kerana melibatkan undang-undang serta keselamatan keluarga.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian berkenaan mendapat sokongan ramai netizen yang berpendapat tindakan wanita itu melarang suaminya memandu kereta tanpa lesen adalah wajar dan bukan sesuatu yang keterlaluan.Rata-rata berpendapat isu itu tidak sepatutnya dipandang remeh kerana ia bukan sahaja melibatkan pematuhan undang-undang, malah turut membabitkan keselamatan diri dan keluarga."Ini berkait dengan undang-undang. Benda tak jadi lagi, kalau jadi sis juga yang kena hadap, bukan dia seorang je."Peliknya, kebiasaannya isteri yang tak ada lesen, tapi ni suami," komen netizen.